{"id":4439,"date":"2026-10-12T22:43:23","date_gmt":"2026-10-12T14:43:23","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4439"},"modified":"2026-10-12T22:43:24","modified_gmt":"2026-10-12T14:43:24","slug":"telur-emas-perlu-dikongsi-dengan-rakyat-bukan-masuk-poket-sendiri-dr-zaliha-tegur-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4439","title":{"rendered":"\u2018Telur emas\u2019 perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri \u2013 Dr Zaliha tegur Hamzah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">HASIL keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) wajar dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat, bukannya diselewengkan demi kepentingan peribadi, kata Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika mengulas perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengingatkan kerajaan agar tidak membebankan \u2018angsa emas\u2019 negara seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan keputusan politik<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau kita lihat kerajaan terdahulu, sebenarnya memang banyak angsa bertelur emas ini, tetapi sebelum disembelih itu, telur emas masuk poket sendiri. Itu salah dan saya tidak setuju.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTetapi kalau keuntungan itu digunakan kembali untuk rakyat, tiada masalah,\u201d katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menyuarakan kekecewaan terhadap perbahasan Ketua Pembangkang yang didakwa banyak memperlekehkan istilah berkaitan wahana nasional, selain mempersoalkan hala tuju cadangan penggunaan keuntungan syarikat milik kerajaan untuk membantu rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApa salahnya, sebagai contoh, Petronas membantu membiayai rumah murah atau rumah mampu milik? Peruntukan itu dikeluarkan untuk kepentingan rakyat dan kita perlu menyokong usaha ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan entiti milik kerajaan bagi memperkukuh pengurusan syarikat milik kerajaan dan badan berkanun, khususnya dalam aspek pengurusan wang serta aset awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebagai salah seorang anggota PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara), saya berpeluang melihat sendiri pelbagai isu yang melibatkan pengurusan wang awam. Pengalaman ini memberi kefahaman lebih jelas bagaimana pematuhan tatakelola, pemantauan dan sebagainya boleh membuka ruang kepada ketirisan dan pembaziran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cContohnya skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA dan pelbagai lagi yang melihat betapa besarnya implikasi ketirisan tatakelola kepada ekonomi negara<br><br>\u201dJusteru, saya berharap RUU yang digubal nanti diperkukuh dan setiap kelemahan diperbaiki sebaiknya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahnya, budaya akauntabiliti perlu diterapkan dalam setiap lapisan pengurusan supaya wang dan aset awam diurus secara bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengakhiri perbahasannya, beliau menegaskan bahawa jumlah peruntukan yang besar tidak semestinya menjamin manfaat maksimum kepada rakyat sekiranya pengurusan tidak cekap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebesar mana pun peruntukan, semuanya bergantung kepada kecekapan, usaha membendung ketirisan dan memastikan wang awam digunakan secara berhemah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HASIL keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) wajar dimanfaatkan untuk&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4440,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4439","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4439","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4439"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4439\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4441,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4439\/revisions\/4441"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4440"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4439"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4439"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4439"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}