{"id":4442,"date":"2026-10-13T13:59:07","date_gmt":"2026-10-13T05:59:07","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4442"},"modified":"2026-10-13T13:59:10","modified_gmt":"2026-10-13T05:59:10","slug":"pm-bukan-pendakwaraya-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4442","title":{"rendered":"PM bukan pendakwaraya &#8211; Azalina"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">UMNO menegaskan prinsip kebebasan pendakwaan hendaklah dipertahankan secara konsisten serta bebas daripada sebarang tekanan politik atau kepentingan pihak tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Penerangannya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dalam isu desakan Ahli Parlimen Jelutong, persoalan asas yang perlu diberikan perhatian ialah kedudukan kuasa pendakwaan di bawah Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPerdana Menteri bukan Pendakwa Raya,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menjelaskan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara, yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan, tertakluk kepada kerangka perlembagaan dan undang-undang yang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, keputusan pendakwaan hendaklah dibuat berdasarkan pertimbangan undang-undang, fakta dan bukti, bukannya tekanan atau kehendak politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Azalina menegaskan prinsip kebebasan pendakwaan perlu dipertahankan secara konsisten dan tidak boleh diketepikan apabila sesuatu keputusan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita tidak boleh menolak campur tangan politik dalam pendakwaan, tetapi pada masa yang sama mendesak Perdana Menteri memastikan pertuduhan dikenakan semula terhadap individu tertentu kerana tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPrinsip kebebasan pendakwaan mesti dihormati dalam amalan politik, bukan sekadar dalam cadangan perubahan institusi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, beliau berkata, dakwaan mengenai pilih kasih dalam keputusan pendakwaan perlu dinilai berdasarkan fakta dan bukti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, mana-mana pihak berhak mempersoalkan keputusan pendakwaan serta menuntut penjelasan yang munasabah, namun perbezaan keputusan antara kes tidak dengan sendirinya membuktikan wujudnya campur tangan politik atau layanan berat sebelah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDalam kes ini, Jabatan Peguam Negara telah memberikan penjelasan mengenai alasan permohonan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dan keputusan tiada tindakan lanjut (NFA).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKritikan terhadap sesuatu keputusan perlu disokong oleh fakta dan asas yang jelas, bukannya andaian atau tekanan politik semata-mata,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Azalina turut menegaskan pendirian UMNO bahawa prinsip kesamarataan di sisi undang-undang mesti terpakai kepada semua pihak tanpa mengira kedudukan politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, tiada sesiapa seharusnya diberikan kekebalan daripada undang-undang hanya kerana jawatan atau kedudukan politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPada masa yang sama, mana-mana individu, termasuk pemimpin UMNO, berhak mendapat proses undang-undang yang adil dan tidak boleh dijadikan sasaran pendakwaan semata-mata untuk memenuhi tuntutan politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, prinsip keadilan mesti terpakai kepada semua, sama ada pemimpin kerajaan, pembangkang mahupun rakyat biasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas kes Yayasan Akalbudi, Azalina berkata, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam Malaysia memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung keputusan pendakwaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, prosiding berkenaan masih berjalan dan persoalan undang-undang yang dipertikaikan sewajarnya diputuskan oleh mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDesakan politik supaya Perdana Menteri menentukan tindakan pendakwaan bukan pengganti kepada proses tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUMNO menghormati hak mana-mana pihak untuk menggunakan saluran undang-undang yang tersedia, dan pada masa yang sama menegaskan bahawa proses mahkamah mesti diberikan ruang untuk berjalan tanpa tekanan politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kebebasan pendakwaan, akauntabiliti institusi dan kesamarataan di sisi undang-undang bukan prinsip yang boleh dipilih mengikut kepentingan politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUMNO akan terus mempertahankan prinsip bahawa undang-undang mesti ditegakkan secara adil, proses kehakiman mesti dihormati dan keputusan pendakwaan tidak seharusnya ditentukan oleh desakan politik terhadap mana-mana individu,\u201d katanya. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO menegaskan prinsip kebebasan pendakwaan hendaklah dipertahankan secara konsisten serta bebas daripada sebarang tekanan politik&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2623,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4442","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4442","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4442"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4442\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4443,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4442\/revisions\/4443"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2623"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4442"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4442"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4442"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}