{"id":4455,"date":"2026-10-20T10:19:29","date_gmt":"2026-10-20T02:19:29","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4455"},"modified":"2026-10-20T10:19:31","modified_gmt":"2026-10-20T02:19:31","slug":"pm-tegur-budaya-kerja-lembap-sektor-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4455","title":{"rendered":"PM tegur budaya kerja lembap sektor awam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada seluruh jentera kerajaan supaya menghentikan budaya kerja lembab dan memastikan setiap dasar serta keputusan yang diumumkan benar-benar dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kejayaan sesebuah belanjawan tidak sepatutnya diukur berdasarkan pengumuman atau peruntukan semata-mata, sebaliknya bergantung pada keupayaan kerajaan menyampaikan hasil kepada rakyat dengan pantas dan berkesan, lapor MalaysiaGazette.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSurat yang boleh dijawab satu hari, dia ambil masa dua minggu. Itu memang penyakit untuk negara,\u201d katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, pada Isnin. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar menegaskan, kelewatan dalam urusan pentadbiran boleh menjejaskan keberkesanan dasar kerajaan, meskipun pelbagai bantuan dan pembaharuan telah diumumkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTanggungjawab memastikan pelaksanaan yang cekap terletak pada semua peringkat kepimpinan pentadbiran, daripada Ketua Setiausaha Negara hingga ketua jabatan, pengarah dan ketua pengarah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, ujian sebenar kepada kerajaan bukan sekadar keupayaan merangka dasar yang baik, tetapi memastikan dasar itu dilaksanakan dengan amanah dan penuh kesungguhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUjiannya itu bukan pada dasar, bukan kerangka yang indah, tetapi keupayaan kita melaksanakan dengan ikhlas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya mengelakkan ketirisan, menghentikan amalan rasuah dan meningkatkan produktiviti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau upah sudah naik, minyak sudah turun, kerja masih lembab, itu memang cari penyakit,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membantu rakyat, termasuk menambah peruntukan bantuan, mengurangkan beban kos bahan api dan melaksanakan program perumahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSetiap pegawai kerajaan perlu memastikan usaha itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar, bukannya terhenti pada peringkat pengumuman atau proses pentadbiran yang berpanjangan,\u201d katanya. &#8211;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada seluruh jentera kerajaan supaya menghentikan budaya&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4456,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4455","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4455","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4455"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4455\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4457,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4455\/revisions\/4457"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4456"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4455"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4455"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4455"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}