{"id":4465,"date":"2026-10-21T22:47:41","date_gmt":"2026-10-21T14:47:41","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4465"},"modified":"2026-10-21T22:47:42","modified_gmt":"2026-10-21T14:47:42","slug":"orang-ramai-derma-lebih-rm45000-selepas-akmal-lelong-motosikal-ikan-talapia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4465","title":{"rendered":"Orang ramai derma lebih RM45,000 selepas Akmal lelong motosikal, ikan talapia"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">HASRAT Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh untuk melelong motosikal kesayangannya dan ikan talapia bagi mendapatkan wang bertukar menjadi sumbangan orang ramai apabila beliau menerima lebih RM45,000 menerusi akaun banknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyedari kebanyakan wang yang diterima bukan bertujuan membeli aset yang mahu dijualnya, Akmal mengambil keputusan menarik semula nombor akaun yang dikongsikan dalam hantaran sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menerusi kenyataan terbaharunya, beliau memaklumkan jumlah sumbangan diterima setakat kenyataan itu dibuat mencecah RM45,102.18.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerana hampir semua yang masukkan duit dalam akaun saya bukan untuk membeli motor atau ikan talapia saya, tetapi kerana ingin menyumbang kepada saya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya sejujurnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk membantu saya. Kerana saya akan bertanggungjawab sepenuhnya, maka insya-Allah saya akan tanggung sepenuhnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai supaya tidak lagi memasukkan wang ke akaunnya bagi mengelakkan dirinya berasa bersalah menerima sumbangan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya mohon untuk jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTidak mengapa saya tanggung, saya hanya perlukan doa daripada anda semua sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, Akmal memaklumkan hasrat untuk menjual motosikal jenis X-ADV miliknya masih diteruskan dan beliau akan memberikan maklumat lanjut kepada individu yang berminat untuk membelinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya akan berikan perincian selepas ini dan boleh terus mesej saya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, Akmal menyatakan hasrat untuk melelong motosikal kesayangannya serta ikan talapia sebagai usaha mengumpulkan wang sebanyak RM300,000 untuk dibayar kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok selepas kalah saman fitnah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HASRAT Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh untuk melelong motosikal kesayangannya dan ikan talapia&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4466,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4467,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4465\/revisions\/4467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4466"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}