{"id":4482,"date":"2026-10-23T22:00:01","date_gmt":"2026-10-23T14:00:01","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4482"},"modified":"2026-10-23T22:00:03","modified_gmt":"2026-10-23T14:00:03","slug":"tak-dapat-kongsi-pentas-tak-jejas-kerjasama-bn-pas-kata-ab-rauf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4482","title":{"rendered":"Tak dapat kongsi pentas tak jejas kerjasama BN-PAS, kata Ab Rauf"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">HASRAT Barisan Nasional (BN) untuk berkongsi pentas dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak kesampaian apabila kekangan teknikal berkaitan status PN di mahkamah menghalang perancangan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya menghormati keputusan Pas untuk tidak mengumumkan calon bersama BN di atas pentas yang sama, susulan isu perundangan yang masih belum selesai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, penjelasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung perkara itu telah diambil maklum dan difahami oleh BN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya sudah mendengar penjelasan Datuk Seri Tuan Ibrahim. Saya hormati pendirian tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran jentera BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, di Melaka, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ab Rauf berkata, perkara itu bukan berpunca daripada ketiadaan semangat kerjasama antara kedua-dua parti, sebaliknya melibatkan kekangan teknikal yang perlu diselesaikan melalui proses mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita faham ia bukan soal semangat kerjasama tetapi kekangan teknikal yang perlu diselesaikan di peringkat mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, Tuan Ibrahim memaklumkan BN dan Pas tidak akan berkongsi pentas bagi pengumuman calon PRN Melaka berikutan isu perintah penangguhan (stay order) membabitkan PN yang masih dalam proses mahkamah, selain permohonan berkaitan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, Ab Rauf menegaskan perbezaan pentas bagi pengumuman calon tidak bermakna kerjasama politik antara BN dan PAS terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagi saya, pentas mungkin berbeza tetapi semangatnya tetap sama. Kerja bersama PAS tetap diteruskan tanpa prasangka seperti mana keputusan yang telah dibuat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Melaka berkata, tumpuan utama ketika ini adalah memastikan jentera parti bergerak lancar di lapangan bagi menghadapi PRN berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, BN berharap kerjasama dengan PAS dapat diterjemahkan kepada kejayaan politik yang lebih besar, termasuk sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIni terjemahan untuk menuju ke PRU. Insya-Allah berjaya di Melaka, berjayalah kita ke Putrajaya. Kita tunggu keputusan esok,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HASRAT Barisan Nasional (BN) untuk berkongsi pentas dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mengumumkan calon Pilihan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4483,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4482","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4482","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4482"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4482\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4484,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4482\/revisions\/4484"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4483"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4482"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4482"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4482"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}