{"id":4502,"date":"2026-10-28T13:42:11","date_gmt":"2026-10-28T05:42:11","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4502"},"modified":"2026-10-28T13:42:13","modified_gmt":"2026-10-28T05:42:13","slug":"anggota-apmm-terkorban-anwar-tekad-perangi-sindiket-penyeludupan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4502","title":{"rendered":"Anggota APMM terkorban, Anwar tekad perangi sindiket penyeludupan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap dalang sindiket penyeludupan warga asing serta pihak yang melindungi atau bersubahat dengan kegiatan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendirian itu disuarakan susulan pemergian anggota Unit Perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, yang terkorban ketika menjalankan tugas menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya dan Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat berat ini,\u201d katanya, menerusi Facebook malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Anwar, pemergian Allahyarham amat memberi kesan kepadanya, selain menimbulkan kekecewaan terhadap tindakan pihak yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, beliau menegaskan pengorbanan anggota keselamatan itu tidak boleh dibiarkan sia-sia dan semua pasukan penguatkuasaan perlu bertindak tegas terhadap sebarang cubaan menceroboh sempadan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya dan seluruh pasukan bertekad untuk bertindak tegas terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing serta mana-mana pihak yang melindungi atau bersubahat dengan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPetualang yang mengizinkan kedaulatan negara kita dicabul juga mesti diheret ke muka pengadilan. Nyawa anggota keselamatan dan kedaulatan tanah air tidak boleh dipertaruhkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jenazah Mohd Roshaimi dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah di Kuala Nerang dengan istiadat pengebumian dilaksanakan APMM sebagai penghormatan terakhir.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap dalang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4503,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4502","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4502"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4502\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4504,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4502\/revisions\/4504"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4503"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}