{"id":4528,"date":"2026-11-01T11:57:59","date_gmt":"2026-11-01T03:57:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4528"},"modified":"2026-11-01T11:58:00","modified_gmt":"2026-11-01T03:58:00","slug":"hampir-semua-permohonan-pembangunan-negeri-dilulus-persekutuan-mb-kelantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4528","title":{"rendered":"Hampir semua permohonan pembangunan negeri dilulus Persekutuan &#8211; MB Kelantan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">HAMPIR semua permohonan projek pembangunan dan infrastruktur oleh Kerajaan Kelantan diluluskan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, perkara itu hasil hubungan dan kerjasama baik antara kedua-dua pihak yang mencapai kesepakatan melalui perbincangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, antara perkembangan positif termasuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai lapangan terbang antarabangsa dan persetujuan penyambungan termasuk cadangan menyambung Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDengan hubungan baik antara negeri dan Persekutuan, kami berbincang dan membuat permohonan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHampir semua yang kita minta, kita dapat, termasuk Empangan Lebir pun diumumkan, saya ucap terima kasih dan apabila semua siap nanti peluang pekerjaan pun akan ada,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saizol Ismail (Pas-Salor) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mengulas, kerja-kerja pembinaan dan pemanjangan landasan lapangan terbang antarabangsa itu sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada Disember tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerja pembinaan tambahan landasan kapal terbang itu perlu dilakukan pada waktu malam bagi mengelakkan gangguan terhadap operasi penerbangan yang melibatkan kira-kira 42 pendaratan sehari,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan sama, beliau berkata, permohonan kerajaan negeri supaya jajaran ECRL dilanjutkan hingga ke Rantau Panjang berikutan kedudukan strategik kawasan itu yang bersempadan dengan selatan Thailand juga diluluskan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPermohonan ini mendapat respons yang baik dan Perdana Menteri sudah mengumumkan bahawa Persekutuan dah setuju untuk sambung ECRL sampai ke Rantau Panjang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi, kita kena lihat Kelantan ini negeri yang bersempadan dengan negara, jangan pandang sebagai sebuah negeri saja,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin berkata, pembangunan infrastruktur seperti pelabuhan juga penting bagi menarik pelaburan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPelabuhan antara faktor utama membolehkan kawasan perindustrian berkembang dan menarik minat syarikat untuk membuka kilang di Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan negeri akan terus mengadakan perbincangan dengan Persekutuan bagi memastikan keperluan pembangunan negeri ini dapat dipenuhi,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahnya, sebarang halangan pelaksanaan projek perlu dikenal pasti lebih awal dan diselesaikan menerusi perbincangan antara agensi kerajaan negeri dan Persekutuan supaya tindakan penyelesaian dapat dilakukan lebih berkesan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HAMPIR semua permohonan projek pembangunan dan infrastruktur oleh Kerajaan Kelantan diluluskan Persekutuan. Menteri Besar, Datuk&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4529,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4528","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4528","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4528"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4528\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4530,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4528\/revisions\/4530"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4529"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4528"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4528"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4528"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}