{"id":4534,"date":"2026-11-01T18:50:30","date_gmt":"2026-11-01T10:50:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4534"},"modified":"2026-11-01T18:50:32","modified_gmt":"2026-11-01T10:50:32","slug":"kalau-berjaya-inilah-formula-yang-kita-akan-pakai-dalam-pru-khaled-nordin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4534","title":{"rendered":"Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU&#8217; &#8211; Khaled Nordin"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KERJASAMA UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang boleh digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya kerjasama kedua-dua parti itu berjaya di Melaka, pendekatan sama boleh diteruskan pada peringkat nasional.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Kalau kita berjaya, inilah formula yang kita akan pakai apabila berhadapan dengan Pilihan Raya Umum,&#8221; katanya ketika berucap sebelum mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin ke Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, kerjasama berkenaan sepatutnya sudah dilaksanakan sejak lima tahun lalu, namun tidak menjadi kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Sepatutnya dah lama, tapi tak jadi lima tahun lalu. Jadi kali inilah kita kena pastikan kerjasama itu dapat dilakukan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohamed Khaled berkata, kerjasama UMNO dan PAS bukan sekadar untuk memastikan kemenangan Rais di Sungai Udang, sebaliknya membawa matlamat lebih besar dalam memperkukuh perpaduan masyarakat Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, penyatuan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik serta membina kesepakatan yang turut memberikan manfaat kepada semua kaum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengesahkan UMNO akan memberikan sokongan kepada calon PAS yang bertanding di DUN Paya Rumput, sebagaimana PAS menyokong calon BN di Sungai Udang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, menerusi hantaran di media sosial, Mohamed Khaled berkata, rakyat Melaka mahukan kerajaan negeri yang kuat, stabil serta kesinambungan pembangunan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, UMNO mempunyai pengalaman dan rekod pentadbiran dalam memenuhi hasrat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Rais mampu menggalas amanah dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sungai Udang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PRN Melaka menyaksikan DUN Sungai Udang menjadi medan pertandingan tiga penjuru membabitkan Rais mewakili BN, Mejar (B) Abdullah Mahadi daripada BERSATU dan Mohd Ridzuan Abdul Rahman daripada parti BERSAMA. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERJASAMA UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4535,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4534","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4534","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4534"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4534\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4536,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4534\/revisions\/4536"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4535"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4534"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4534"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4534"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}