{"id":4541,"date":"2026-11-03T19:14:03","date_gmt":"2026-11-03T11:14:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4541"},"modified":"2026-11-03T19:14:04","modified_gmt":"2026-11-03T11:14:04","slug":"csa-umpama-pendekatan-dajjal-di-akhir-zaman-hadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4541","title":{"rendered":"CSA umpama pendekatan Dajjal di akhir zaman &#8211; Hadi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS menyifatkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) sebagai pendekatan Dajjal pada akhir zaman yang bertujuan mengekalkan kuasa, bukannya berteraskan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pelaksanaan CSA menggambarkan pendekatan politik yang menjadikan kuasa sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan, termasuk melalui persetujuan dan sokongan bersyarat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menerusi ruangan Minda Presiden PAS, beliau menyifatkan pendekatan itu sebagai satu bentuk pelaksanaan sifat-sifat Dajjal, meskipun tidak sampai mengangkat diri sebagai Tuhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cCSA adalah pendekatan Dajjal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua, tetapi memaksa untuk terus berkuasa..<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWalaupun tidak berlagak menjadi Tuhan laksana Dajjal yang besar, tetapi tetap melaksanakan sifat-sifat Dajjal,\u201d tulisnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Abdul Hadi lagi, hasil negara yang dikutip menerusi pelbagai bentuk percukaian adalah hak seluruh rakyat dan tidak sepatutnya dibezakan berdasarkan sokongan politik atau parti yang diundi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kutipan cukai melibatkan hampir keseluruhan aspek kehidupan rakyat, termasuk barangan keperluan, makanan, pakaian, kenderaan dan kediaman, sama ada produk tempatan mahupun import.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSudah menjadi amalan di negara-negara seluruh dunia bahawa hasil negara ialah hak seluruh rakyat. Hal ini termasuklah hasil yang diperoleh secara langsung daripada pelbagai bentuk cukai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHasil percukaian ini melibatkan penggunaan dan keperluan seluruh rakyat, maka faedahnya wajib dipulangkan kepada semua rakyat, tanpa mengira sama ada mereka mengundi parti kerajaan ataupun parti pembangkang,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, katanya, manfaat daripada hasil negara wajib dikembalikan kepada semua rakyat tanpa mengira sama ada mereka menyokong parti kerajaan atau pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Abdul Hadi turut menegaskan bahawa mana-mana parti yang diberikan mandat membentuk kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan amanah kepada rakyat tanpa perlu disyaratkan melalui perjanjian politik terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mengumpamakan tanggungjawab kerajaan itu seperti seorang lelaki yang memikul kewajipan memberi nafkah selepas bergelar suami, tanpa perlu menandatangani sebarang aku janji ketika akad nikah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, tanggungjawab tersebut sudah menjadi kewajipan yang perlu dilaksanakan dan bukannya sesuatu yang hanya ditunaikan selepas persetujuan tambahan dibuat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menyifatkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) sebagai pendekatan Dajjal pada akhir zaman yang bertujuan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4542,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4541","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4541","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4541"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4541\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4543,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4541\/revisions\/4543"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4542"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4541"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4541"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4541"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}