{"id":4544,"date":"2026-11-03T19:21:24","date_gmt":"2026-11-03T11:21:24","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4544"},"modified":"2026-11-03T19:21:26","modified_gmt":"2026-11-03T11:21:26","slug":"zahid-nafi-sabotaj-kerajaan-risau-rayer-ditimpa-kemaluan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4544","title":{"rendered":"Zahid nafi sabotaj kerajaan, risau Rayer ditimpa \u2018kemaluan\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer supaya meneliti sendiri bukti berhubung dakwaan pembatalan projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan kenyataannya mengenai isu berkenaan bukan tuduhan kosong atau cubaan mencetuskan ketegangan dalam Kerajaan Madani, sebaliknya berdasarkan dokumen arahan yang dimilikinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, beliau bersedia menunjukkan surat berkenaan bagi membuktikan bahawa arahan pembatalan Surat Setuju Terima (SST) projek terbabit sememangnya dikeluarkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya mempunyai bukti surat arahan yang dikeluarkan. Saya boleh tunjukkan kepada Ahli Parlimen Jelutong.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya takut beliau ditimpa dengan penuh kemaluan,\u201d katanya seperti dipetik MalaysiaGazette.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Peringkat Negeri Melaka 2026 di Dewan MPJ Alamanda, di Jasin, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan perkara yang dibangkitkannya bukan sekadar melibatkan penangguhan pelaksanaan projek, tetapi turut membabitkan arahan membatalkan SST yang sudah dan bakal dikeluarkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya tidak bermaksud demikian tetapi faktanya begitulah. Sama ada ia ditangguh atau dibatalkan, yang jelas semua SST yang telah dan akan dikeluarkan itu diarahkan untuk dibatalkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu itu tercetus selepas Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di peringkat dasar minggu lalu mendakwa beberapa projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi 2026 dibatalkan meskipun peruntukan sudah disediakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau sebelum ini turut memaklumkan arahan pembatalan berkenaan dikeluarkan oleh ketua setiausaha sebuah kementerian, namun tidak memperincikan kementerian terbabit atau jumlah projek yang terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenyataan itu mengundang reaksi Rayer yang menuduh Ahmad Zahid cuba mensabotaj Kerajaan Madani dengan membangkitkan isu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, Ahmad Zahid menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan kritikan Rayer sebagai perkara yang sudah menjadi kebiasaan ahli Parlimen DAP itu ketika membahaskan sesuatu isu di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBila masa YB Jelutong ini tidak membuat bising di Parlimen? Apatah lagi ketika beliau berada di barisan pembangkang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mendakwa Rayer sebagai \u201cbackbencher\u201d mempunyai peranan tertentu dalam membangkitkan serangan terhadapnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebagai backbencher, saya tahu beliau diarahkan untuk menghentam dan itu memang lumrah yang beliau lakukan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4545,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4544","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4544","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4544"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4544\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4546,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4544\/revisions\/4546"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4545"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4544"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4544"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4544"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}