{"id":4550,"date":"2026-11-05T23:13:28","date_gmt":"2026-11-05T15:13:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4550"},"modified":"2026-11-05T23:13:30","modified_gmt":"2026-11-05T15:13:30","slug":"anwar-sedia-dedah-kandungan-csa-tegur-kenyataan-hadi-terkait-dajal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4550","title":{"rendered":"Anwar sedia dedah kandungan CSA, tegur kenyataan Hadi terkait dajal"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pihak yang mempertikaikan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) supaya menilai kandungannya terlebih dahulu, malah beliau tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan perjanjian itu kepada umum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar berkata, kerajaan tidak mempunyai sebab untuk merahsiakan CSA yang dimeterai bersama beberapa Ahli Parlimen kerana kandungannya bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, perkara itu akan dibawa kepada perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian berkenaan, dalam mesyuarat Jemaah Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya tiada keberatan mendedahkannya, malah draf dan prinsip perjanjian itu pun sama sahaja seperti perjanjian antara PH bersama kerajaan ketika itu yang dianggotai PAS, Bersatu dan UMNO,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam masa sama, Anwar mempersoalkan pendirian PAS yang kini lantang mengkritik CSA, sedangkan parti itu pernah mengemukakan cadangan pelaksanaan perjanjian seumpama itu ketika berada dalam kerajaan sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, perkara yang menjadi pertikaian hari ini sebenarnya bukan sesuatu yang asing kerana pendekatan sama pernah dibincangkan dan dicadangkan oleh pihak yang kini mempersoalkannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan CSA sebagai pendekatan \u2018dajal\u2019, Anwar mengingatkan pemimpin agama supaya lebih berhati-hati menggunakan istilah sedemikian dalam perbezaan pandangan politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTan Sri Hadi itu orang alim, sepatutnya kenyataan-kenyataan dia lebih terkawal. Untuk menghukum orang atau kumpulan atau pendirian sebagai dajal, itu tidak kena,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar turut menyindir sikap yang dilihat menggunakan ukuran berbeza terhadap sesuatu tindakan, bergantung kepada siapa yang melaksanakannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi macam mana sekarang ini, bila dia buat, tak dajal, bila orang buat, jadi dajal. Ini masalah dia. Saya tidak fikir agama boleh dipermainkan seperti itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk rekod, Kerajaan Madani memeterai CSA pada 29 Oktober lalu bersama enam Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain tujuh wakil rakyat lain termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perjanjian berkenaan bertujuan memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan serta menjamin sokongan di Parlimen bagi membolehkan pelaksanaan dasar dan agenda pembangunan negara berjalan lancar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu ketelusan CSA kembali menjadi perhatian selepas Ketua Whip PN merangkap Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa kerajaan mendedahkan terma dan syarat perjanjian itu kepada umum.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pihak yang mempertikaikan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA)&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4551,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4550","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4550","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4550"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4550\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4552,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4550\/revisions\/4552"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4551"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4550"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4550"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4550"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}