{"id":4554,"date":"2026-11-05T23:23:03","date_gmt":"2026-11-05T15:23:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4554"},"modified":"2026-11-05T23:23:04","modified_gmt":"2026-11-05T15:23:04","slug":"diskaun-tol-50-peratus-dua-hari-sempena-deepavali","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4554","title":{"rendered":"Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Deepavali"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KERAJAAN mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari sempena sambutan perayaan Deepavali 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun itu berkuat kuasa mulai jam 12 tengah malam (Jumaat) hingga 11.59 malam Sabtu (7 November).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, inisiatif itu dianggarkan melibatkan bayaran pampasan berjumlah RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat, dengan kos berkenaan ditanggung kerajaan tertakluk kepada pengesahan data trafik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemberian diskaun tol ini melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagaimanapun, ia dikecualikan di plaza tol sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA),\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Alexander berkata, keputusan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan di samping memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cInisiatif ini diharap dapat membantu meringankan kos perjalanan rakyat, khususnya masyarakat beragama Hindu yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi ahli keluarga bagi meraikan sambutan Deepavali, sekali gus memaknai semangat perayaan melalui hubungan kekeluargaan dan kebersamaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyelaras pelaksanaan inisiatif itu bersama syarikat konsesi lebuh raya bagi memastikan pengguna yang layak dapat menikmati manfaat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang musim perayaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPengguna juga diingatkan supaya memastikan baki kad Touch \u2019n Go atau eWallet mencukupi, mematuhi had laju, menjaga jarak selamat serta mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari sempena sambutan perayaan Deepavali&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4555,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-4554","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4554"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4556,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4554\/revisions\/4556"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4555"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}