{"id":4563,"date":"2026-11-06T22:44:21","date_gmt":"2026-11-06T14:44:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4563"},"modified":"2026-11-06T22:44:22","modified_gmt":"2026-11-06T14:44:22","slug":"penangguhan-tahanan-rumah-najib-bukan-untuk-pertikai-kuasa-agong-agc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4563","title":{"rendered":"Penangguhan tahanan rumah Najib bukan untuk pertikai kuasa Agong\u2013 AGC"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JABATAN Peguam Negara (AGC) menegaskan keputusan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, AGC menjelaskan langkah itu diambil bagi memastikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaksanakan dengan tepat dan selaras dengan kedudukan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kenyataan hari ini, AGC berkata penelitian lanjut diperlukan berikutan wujud persoalan perundangan berkaitan interpretasi perintah pengampunan bertarikh 18 September 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut jabatan itu, isu berkenaan membabitkan tafsiran terhadap syarat pembayaran denda RM50 juta dan kesannya terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">AGC berkata, terdapat dua kemungkinan tafsiran, iaitu sama ada pembayaran denda hanya menyelesaikan komponen hukuman denda sementara hukuman penjara masih berjalan, atau pembayaran itu menyebabkan keseluruhan hukuman dianggap selesai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalan berkenaan turut melibatkan kesan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 6 November 2026 yang mengarahkan Najib dilepaskan serta-merta selepas pembayaran denda direkodkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">AGC turut menjelaskan bahawa kedudukan baki hukuman bagi kes SRC International mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan hukuman penjara Najib dalam kes 1MDB.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, jabatan itu berpandangan penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh sebelum pelaksanaan tahanan di rumah diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Penangguhan sementara ini bukan bertujuan untuk mempertikaikan atau mengetepikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya merupakan langkah bagi memastikan titah tersebut dan perintah mahkamah yang berkaitan dilaksanakan dengan tepat, teratur dan selaras dengan kedudukan undang-undang sebenar,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">AGC memaklumkan tindakan selanjutnya akan diambil selepas penelitian dan penjelasan berhubung perkara berkenaan selesai dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JABATAN Peguam Negara (AGC) menegaskan keputusan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Datuk Seri&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4564,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4563","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4563","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4563"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4563\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4565,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4563\/revisions\/4565"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4564"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4563"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4563"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4563"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}