{"id":4572,"date":"2026-11-10T10:58:11","date_gmt":"2026-11-10T02:58:11","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4572"},"modified":"2026-11-10T10:58:13","modified_gmt":"2026-11-10T02:58:13","slug":"kdn-tunggu-penjelasan-mahkamah-berhubung-kekeliruan-perintah-pelepasan-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4572","title":{"rendered":"KDN tunggu penjelasan mahkamah berhubung kekeliruan perintah pelepasan Najib"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) meminta penjelasan lanjut berhubung perbezaan tafsiran perintah mahkamah berkaitan status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, susulan pembayaran denda RM50 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kekeliruan timbul apabila perkataan discharge digunakan dalam perintah mahkamah selepas pembayaran RM50 juta dibuat kepada Jabatan Akauntan Negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, selepas pembayaran itu, mahkamah mengeluarkan pemakluman kepada KDN serta perintah order of discharge yang menimbulkan persoalan mengenai status dan bidang kuasa Jabatan Penjara terhadap Najib.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, terdapat perbezaan ketara antara maksud pelepasan (discharge) dengan pelaksanaan tahanan rumah kerana kedua-duanya membawa implikasi berbeza dari sudut kuasa undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau tahanan rumah, penjara masih ada autoriti. Tapi kalau pelepasan, penjara tak ada autoriti apa lagi,\u201d katanya ketika berkempen di Melaka pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saifuddin menjelaskan, sekiranya Najib menjalani tahanan rumah, beliau masih dianggap sedang menjalani baki hukuman penjara, cuma lokasi pelaksanaan hukuman dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediaman yang diwartakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, katanya, penggunaan istilah discharge dalam perintah mahkamah menimbulkan persoalan sama ada Jabatan Penjara masih mempunyai kuasa terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, perintah berkenaan dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi dan KDN sudah mendapatkan pandangan daripada Peguam Negara berhubung perkara itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau ada dua interpretasi, mahkamah adalah platform terbaik. Jadi Kementerian Dalam Negeri akan akur dan hormati proses itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Saifuddin berkata, perkara yang perlu diperjelaskan ialah sama ada terdapat keperluan untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagi menyelesaikan perbezaan tafsiran berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, KDN mahu memastikan kedudukan undang-undang dan bidang kuasa Jabatan Penjara dapat diperjelaskan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) meminta penjelasan lanjut berhubung perbezaan tafsiran perintah mahkamah berkaitan status bekas&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4573,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4572","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4572","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4572"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4572\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4574,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4572\/revisions\/4574"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4573"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4572"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4572"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4572"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}