{"id":4585,"date":"2026-11-13T11:02:56","date_gmt":"2026-11-13T03:02:56","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4585"},"modified":"2026-11-13T11:05:19","modified_gmt":"2026-11-13T03:05:19","slug":"4585","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4585","title":{"rendered":"BN tidak mahu gila talak macam DAP &#8211; Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membalas cabaran Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo supaya menteri UMNO melepaskan jawatan sekiranya tidak sehaluan dengan kepimpinan Kerajaan Perpaduan, dengan menyindir supaya tidak berperangai seperti \u2018gila talak\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahmad Zahid berkata, tidak timbul persoalan BN tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan meskipun parti itu mempunyai pendirian berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai hak menentukan haluan politik masing-masing di peringkat negeri, khususnya ketika menghadapi pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, keadaan itu dapat dilihat di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka apabila BN tidak berada pada landasan politik sama dengan PH.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMemang betul di peringkat negeri sama ada di Johor, Negeri Sembilan atau Melaka, kita tidak sehaluan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIni hak setiap parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan untuk menentukan haluan masing-masing di peringkat negeri, terutama dalam PRN yang sedang berlangsung di Melaka ini dan tidak timbul isu kita tidak menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar di peringkat Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Melaka 2026 di Ayer Molek, Melaka pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, Gobind mencabar Zahid supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada, berbanding menggesa supaya Parlimen dibubarkan lebih awal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gobind menyifatkan kenyataan Zahid itu tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam pentadbiran negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut, Zahid menegaskan tiada menteri daripada BN yang pernah tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan Perpaduan atau menunjukkan perbezaan pendirian terhadap Perdana Menteri sepanjang mesyuarat Jemaah Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIni semua menteri-menteri menyaksikan. Jadi, kalau beliau rasa apa yang dinyatakan itu patut dibuat, buatlah sebagaimana yang dilakukan oleh Setiausaha Agung partinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi janganlah pula bila dah letak jawatan, seperti orang gila talak pula. Kita tidak mahu gila talak macam mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan berasingan, Zahid turut menyentuh kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) di Melaka yang disifatkannya mempunyai keserasian baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berharap kerjasama itu dapat menyatukan sokongan kedua-dua parti, termasuk dalam kalangan pengundi bukan Melayu, sekali gus diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada PRN Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerjasama berkenaan merupakan percubaan kali kedua selepas pengalaman di Negeri Sembilan, dengan harapan ia dapat membina persefahaman politik antara parti yang pernah berseteru lebih lima dekad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita telah mencuba di Negeri Sembilan dan ini kali kedua di Melaka. Kita harap insya-Allah dapat menterjemahkan kerjasama ini sebaik-baiknya dalam bentuk sokongan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membalas cabaran Pengerusi Kebangsaan DAP,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4586,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4585","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4585","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4585"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4588,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4585\/revisions\/4588"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}