{"id":4600,"date":"2026-11-20T16:47:31","date_gmt":"2026-11-20T08:47:31","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4600"},"modified":"2026-11-20T16:47:32","modified_gmt":"2026-11-20T08:47:32","slug":"harapkan-pagar-pagar-makan-padi-5-anggota-tudm-ditahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4600","title":{"rendered":"Harapkan pagar, pagar makan padi, 5 anggota TUDM ditahan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">LIMA pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah antara 11 suspek ditahan di sekitar Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran 96.64 kilogram (kg) dadah dengan menggunakan aset TUDM, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata 11 individu termasuk enam orang awam itu diberkas susulan penemuan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4.83 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, tangkapan itu adalah hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan TUDM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Hasil kerjasama perisikan strategik antara JSJN Bukit Aman dengan Cawangan Provos Marsyal TUDM, satu sindiket pengedaran dadah rentas sempadan yang dipercayai mengeksploitasi kemudahan penerbangan ketenteraan, telah berjaya dibongkar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Pada 17 November lalu, JSJN Bukit Aman melaksanakan beberapa siri operasi di sekitar Lembah Klang dan Labuan yang membawa kepada penahanan itu,&#8221; katanya dalam satu kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hussein berkata, hasil siasatan mendapati dua daripada individu awam ditahan itu dipercayai berperanan sebagai koordinator yang mengatur dan menyelaraskan kegiatan pengedaran dadah oleh sindiket berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, JSJN sedang giat mengesan seorang lagi warga Malaysia disyaki ketua sindiket berkenaan, bagi membongkar keseluruhan struktur organisasi dan mengenal pasti pihak lain yang terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Hasil risikan awal mendapati sindiket itu dipercayai aktif sejak Julai lalu dengan menggunakan kemudahan pengangkutan udara ketenteraan TUDM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Sindiket itu dipercayai menyeludup dadah dari Semenanjung ke Sabah sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa, terutama Filipina dan Indonesia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, media melaporkan Datuk Seri <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/nasional\/2026\/11\/1720976\/pm-dedah-pegawai-tudm-juruterbang-terbabit-penyeludupan-dadah-jumlah\">Anwar Ibrahim mendedahkan<\/a> bahawa pegawai TUDM, termasuk juruterbang, terbabit kes penyeludupan dadah membabitkan jumlah yang besar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri dipetik menyifatkan kes itu sebagai amat membimbangkan, sekali gus memberi amaran bahawa tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang terbabit tanpa mengira pangkat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut, Hussein berkata, modus operandi kes berkenaan memperlihatkan tahap keberanian dan kelicikan sindiket dalam mengeksploitasi kemudahan serta kepercayaan yang diberikan kepada individu tertentu dalam institusi keselamatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, JSJN amat menghargai kerjasama TUDM, khususnya Cawangan Provos Marsyal, atas tindakan profesional dan komitmen tinggi diberikan sehingga membawa kepada kejayaan operasi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Lima pegawai TUDM terbabit direman tujuh hari bermula 18 hingga 24 November ini, manakala individu awam ditahan pula direman antara dua hingga lima hari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua suspek individu awam positif metamfetamina, manakala seorang daripada tangkapan awam mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, JSJN turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, membabitkan penyitaan dua kenderaan jenis Honda CR-V dan Toyota Vios dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM126,062.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, turut dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LIMA pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah antara 11 suspek ditahan di sekitar Lembah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4601,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4600","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4600","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4600"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4600\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4602,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4600\/revisions\/4602"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4601"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4600"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4600"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4600"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}