{"id":4609,"date":"2026-11-20T17:04:13","date_gmt":"2026-11-20T09:04:13","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4609"},"modified":"2026-11-20T17:04:15","modified_gmt":"2026-11-20T09:04:15","slug":"pegawai-tudm-cuba-campurkan-bagasi-dadah-panglima-tudm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4609","title":{"rendered":"Pegawai TUDM cuba campurkan bagasi dadah \u2013 Panglima TUDM"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PEGAWAI Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan ketika cuba menyeludup dadah di Pangkalan Udara Subang Selasa lalu dikesan cuba mencampurkan bagasi berisi bahan terlarang itu dengan bagasi yang telah melepasi mesin pengimbas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal selepas pegawai Cawangan Pergerakan Udara mengesan lima bagasi berbalut plastik dan sebuah kotak tanpa pelekat tapisan keselamatan berada di kawasan legar bahagian ketibaan dan tuntutan barang pada 10 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kotak yang sedikit terbuka itu menemukan beberapa botol berlabel baja kimia yang dilarang dibawa menaiki pesawat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPegawai bertugas kemudian membawa bagasi berkenaan ke mesin pengimbas untuk pemeriksaan dan mendapati ia mengandungi bungkusan yang tersusun rapi serta mencurigakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPegawai berkenaan seterusnya mengarahkan seorang anggota lain untuk mencari pemilik bagasi berkenaan bagi tujuan pemeriksaan lanjut,\u201d katanya dipetik Bernama, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Muhamad Norazlan berkata semakan mendapati pemilik bagasi berkenaan merupakan seorang pegawai yang terlibat dalam penerbangan TUDM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBeliau telah datang membuka bagasi berkenaan bagi pemeriksaan fizikal secara lebih teliti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagaimanapun, kelima-lima bagasi berkenaan didapati tidak melepasi mesin pengimbas dan pemiliknya cuba meletakkan kembali bagasi itu ke dalam kereta beliau bagaimanapun tidak dibenarkan oleh pegawai bertugas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata suspek kemudian terpaksa menggunakan pisau untuk memotong bagasi berkenaan kerana mendakwa tidak mempunyai kuncinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemeriksaan mendapati bagasi tersebut mengandungi bungkusan berwarna merah yang terkoyak dan berisi ketulan-ketulan kristal disyaki bahan terlarang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, insiden itu segera dilaporkan kepada ketua pengawal dan Ketua Skuadron 211 Pasukan Pertahanan Darat Tentera Udara (HANDAU) sebelum diserahkan kepada Cawangan Penyiasatan Jenayah TUDM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami telah memaklumkan perkara ini kepada pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan mereka tiba pada 5.20 petang untuk menjalankan saringan awal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata pihak polis merampas kesemua lima beg dan kotak mengandungi botol baja tersebut sebagai bahan bukti siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUjian mengesahkan bahan berkenaan adalah dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan MDMA dengan berat keseluruhan 96.64 kilogram bernilai RM4.83 juta, selain cecair bahan kimia seberat 6.98 kilogram,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, dua pegawai ditangkap di Pangkalan Udara Subang manakala pegawai ketiga ditahan di pangkalan udara TUDM yang lain pada hari sama untuk membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTiga pegawai dan sembilan anggota lain-lain pangkat terdiri daripada anggota HANDAU, unit provos dan kru penerbangan turut dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semalam, Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan 11 individu termasuk lima pegawai TUDM yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah menggunakan kemudahan pengangkutan ketenteraan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PEGAWAI Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan ketika cuba menyeludup dadah di Pangkalan Udara&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4610,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4609","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4609","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4609"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4609\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4611,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4609\/revisions\/4611"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4610"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4609"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4609"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4609"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}