{"id":4624,"date":"2026-11-24T22:49:52","date_gmt":"2026-11-24T14:49:52","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4624"},"modified":"2026-11-24T22:49:53","modified_gmt":"2026-11-24T14:49:53","slug":"a-samad-said-meninggal-dunia-anwar-rakam-ucapan-takziah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4624","title":{"rendered":"A Samad Said meninggal dunia, Anwar rakam ucapan takziah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SASTERAWAN Negara, Datuk Seri Dr A Samad Said, meninggal dunia pada jam 6.10 petang Selasa, ketika berusia 91 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemergian tokoh sastera yang mesra disapa Pak Samad itu disahkan anaknya, Helmy Abdul Samad menerusi hantaran di platform Threads.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201c6.10. Innalillahiwainnailaihirojiun,\u201d tulisnya ringkas dalam hantaran berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang Isnin untuk mendapatkan rawatan akibat sakit tua selain menghidap diabetes.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar berkata, beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menzahirkan rasa hiba dan sayu atas kehilangan insan yang banyak berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, menerusi novel Salina yang diterbitkan pada 1961, Pak Samad berjaya mendekatkan masyarakat kepada kehidupan insan yang sering tersisih, sekali gus mengajak pembaca memahami penderitaan dan memperjuangkan harapan golongan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKasihnya kepada rakyat akan terus hidup dalam karya-karyanya, juga dalam kecekalannya membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, segala dosanya diampunkan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">A Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allahyarham menerima pengiktirafan sebagai Sasterawan Negara keempat pada 1985 dan meninggalkan legasi besar dalam dunia kesusasteraan Melayu menerusi penghasilan novel, puisi, cerpen, drama serta esei.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain Salina, antara karya terkenal beliau termasuk Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Hujan Pagi dan Lantai T. Pinkie.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SASTERAWAN Negara, Datuk Seri Dr A Samad Said, meninggal dunia pada jam 6.10 petang Selasa,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4625,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4624","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4624","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4624"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4624\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4626,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4624\/revisions\/4626"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4624"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4624"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4624"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}