{"id":4636,"date":"2026-11-26T18:47:59","date_gmt":"2026-11-26T10:47:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4636"},"modified":"2026-11-26T18:48:00","modified_gmt":"2026-11-26T10:48:00","slug":"mb-negeri-sembilan-bertukar-zahid-kata-tunggu-kenyataan-istana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4636","title":{"rendered":"MB Negeri Sembilan bertukar?- Zahid kata tunggu kenyataan istana"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BARISAN Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mengumumkan keputusan hasil pertemuan kepemimpinan parti itu dengan baginda hari ini, termasuk status Menteri Besar dan barisan Exco negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bersama kepemimpinan BN sudah mencapai persetujuan dalam pertemuan yang berlangsung dalam suasana tenang di Istana Hinggap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, sebarang pengumuman rasmi berhubung keputusan itu akan dibuat pihak istana bagi memuktamadkan perkara yang dipersetujui bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami telah menghadap Tuanku dalam suasana yang tenang dan Tuanku akan membuat keputusan. Kita serahkan kepada pihak istana yang mengeluarkan kenyataan keputusan yang telah kami capai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBiarlah kenyataan daripada istana itu sebagai memuktamadkan keputusan yang telah kami sama-sama setuju,\u201d katanya seperti dilaporkan FMT.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas pertemuan yang berlangsung di Istana Hinggap, Seremban hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesi menghadap yang diketuai Ahmad Zahid berlangsung lebih sejam sebelum rombongan pemimpin BN meninggalkan Istana Hinggap kira-kira jam 4.15 petang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ditanya sama ada Negeri Sembilan bakal menyaksikan pelantikan Menteri Besar baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ismail Lasim, Zahid sekali lagi menyerahkan perkara itu kepada Tuanku Muhriz untuk diumumkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau bagaimanapun memberi bayangan kemelut pentadbiran negeri itu dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cInsya-Allah dalam masa terdekat (selesai),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi BN Negeri Sembilan merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh turut menghadap Tuanku Muhriz kira-kira jam 1.18 tengah hari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkembangan itu berlaku ketika spekulasi mengenai kemungkinan pertukaran Menteri Besar semakin memuncak susulan kemelut politik dan pentadbiran yang melanda Negeri Sembilan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Difahamkan, kedudukan Ismail dijangka ditentukan minggu ini selepas pertemuan membabitkan kesemua 24 Adun BN dan Perikatan Nasional (PN) diadakan minggu lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BARISAN Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4637,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4636","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4636","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4636"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4636\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4638,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4636\/revisions\/4638"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4637"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4636"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4636"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4636"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}