{"id":4642,"date":"2026-11-26T18:55:27","date_gmt":"2026-11-26T10:55:27","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4642"},"modified":"2026-11-26T18:55:28","modified_gmt":"2026-11-26T10:55:28","slug":"anwar-tegas-ruu-ura-bukan-agenda-kaum-tertentu-hak-penduduk-asal-tetap-dilindungi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4642","title":{"rendered":"Anwar tegas RUU URA bukan agenda kaum tertentu, hak penduduk asal tetap dilindungi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan menggadaikan hak penduduk asal menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA), sebaliknya undang-undang itu diperlukan bagi membolehkan kawasan perumahan daif dibangunkan semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, RUU berkenaan tidak mempunyai sebarang motif perkauman atau bertujuan memenuhi kepentingan golongan pemaju seperti yang didakwa sesetengah pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kerajaan bersetuju dengan keperluan pembaharuan bandar, namun pelaksanaannya mesti disertakan jaminan jelas bagi memastikan hak penduduk asal terus terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTetapi kalau tanya saya, saya tidak sanggup melihat perumahan begitu daif di Kuala Lumpur ini. Jadi harus dilakukan sesuatu dan perlu undang-undang dengan jaminan, ini saya setuju, jaminan yang jelas pertahankan hak penduduk asal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai RUU URA dalam program Dialog Negara yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan Awani malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar turut menolak dakwaan bahawa RUU berkenaan merupakan strategi kaum tertentu untuk menguasai kawasan perumahan, sambil menegaskan kerajaan pimpinannya kekal komited mempertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, beliau berkata, kerajaan telah mengambil langkah bersejarah apabila 50 ekar tanah di Kuala Lumpur disahkan sebagai Tanah Rizab Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKali pertama dalam sejarah sejak merdeka, tanah di Kuala Lumpur disahkan sebagai tanah rizab Melayu, 50 ekar permulaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cItu belum pernah berlaku. Jadi soal kita nak tolak ansur dengan tuntutan gerombolan pemodal, tak mungkin,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas keperluan RUU itu, Anwar berkata, pembangunan semula kawasan perumahan daif di Kuala Lumpur sebelum ini berdepan kesukaran apabila memerlukan persetujuan 100 peratus penghuni.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, beliau berpandangan satu kerangka perundangan diperlukan bagi membolehkan proses pembaharuan bandar dilaksanakan dengan lebih teratur, tanpa mengabaikan kepentingan penduduk yang terlibat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan menggadaikan hak penduduk asal menerusi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4643,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4642","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4642","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4642"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4642\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4644,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4642\/revisions\/4644"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4643"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}