{"id":4645,"date":"2026-11-26T19:00:56","date_gmt":"2026-11-26T11:00:56","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4645"},"modified":"2026-11-26T19:00:57","modified_gmt":"2026-11-26T11:00:57","slug":"keupayaan-malaysia-tanggung-subsidi-minyak-rm40-bilion-tarik-perhatian-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4645","title":{"rendered":"Keupayaan Malaysia tanggung subsidi minyak RM40 bilion tarik perhatian dunia"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KEUPAYAAN Malaysia menanggung subsidi minyak sehingga RM40 bilion setahun bagi mengekalkan harga bahan api pada kadar rendah bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah turut menarik perhatian pemimpin luar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemampuan kerajaan mempertahankan harga minyak rendah bukan diperoleh secara percuma, sebaliknya memerlukan pengurusan kewangan yang cermat bagi menampung perbelanjaan besar berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, selain subsidi minyak, kerajaan turut menyediakan RM16 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan kena tampung kos subsidi sebanyak RM40 bilion setahun untuk pertahankan harga minyak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagaimana boleh kita tampung RM40 bilion ini, selain RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebab kita cermat dalam pengurusan kewangan. Kita elak daripada kecurian, bocor dan sebagainya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali Ke-46 dan Hadiah Kecemerlangan Pendidikan di Taman Tamadun Islam, di ibu negara, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar turut mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang memandang ringan perbuatan mencuri apabila dilakukan individu berkedudukan tinggi, sedangkan kesalahan sama dalam kalangan murid sekolah dikenakan hukuman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, nilai akhlak dan adab yang diterapkan sejak di bangku sekolah seharusnya terus dipertahankan tanpa mengira kedudukan seseorang dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cInilah sebabnya mengapa bagi saya pendidikan itu sangat penting dan bukannya berkisar hanya pendidikan di sekolah semata-mata,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEUPAYAAN Malaysia menanggung subsidi minyak sehingga RM40 bilion setahun bagi mengekalkan harga bahan api pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4646,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4645","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4645","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4645"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4645\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4647,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4645\/revisions\/4647"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4646"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4645"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4645"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4645"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}