Isu berkaitan pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman Temple yang dikatakan berusia 130 tahun di Jalan Masjid India telah menarik perhatian pelbagai pihak.
Difahamkan, tanah tersebut telah dibeli oleh sebuah syarikat tekstil pada tahun 2012 dan kini mereka bercadang membangunkan sebuah masjid yang akan diwakafkan untuk kegunaan umat Islam. Dalam proses ini, pihak pengurusan kuil telah menerima pampasan sebanyak 𝗥𝗠𝟭 𝗷𝘂𝘁𝗮sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicapai. Penyelesaian di antara dua pihak iaitu tuan punya tanah dan persatuan yang menguruskan kuil tersebut telah pun dicapai. 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗺𝗯𝘂𝗹 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗼𝗯𝗼𝗵𝗮𝗻 seperti yang dilaungkan oleh sesetengah pihak yang tidak berkepentingan dalam hal ini.
Namun, seperti yang sering berlaku dalam isu berkaitan agama dan sensitiviti kaum, terdapat pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen masyarakat dengan menimbulkan naratif perkauman yang berbahaya. Malah ada secara semberono menyerang kerajaan Madani sedangkan perkara ini hanya melibatkan tuan punya tanah persendirian yang sah ke atas tanah tersebut. Sejarah telah membuktikan bahawa sikap provokatif dalam isu agama boleh membawa kepada ketegangan dan kekacauan, seperti insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, beberapa tahun lalu.
𝗞𝗲𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗵𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗗𝗶𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻
Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang telah lama mengamalkan toleransi dan persefahaman antara kaum serta agama. Perkara ini selari dengan asas pembinaan negara bangsa , yang berteraskan kepada Perlembagaan dan Prinsip Rukunegara.
Sebarang permasalahan yang timbul harus diselesaikan melalui perbincangan, bukan dengan emosi yang melampau atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.
Dalam isu ini, semua pihak harus menghormati proses penyelesaian yang telah dicapai. Jika benar kuil telah menerima pampasan dan penyelesaian dibuat secara rundingan, maka tidak ada keperluan untuk mencetuskan kontroversi yang tidak berasas.
Pihak-pihak tertentu yang cuba memanipulasi keadaan untuk kepentingan politik atau agenda sempit perlu disekat daripada terus menghasut masyarakat.
Penulis mendesak agar pihak 𝗣𝗗𝗥𝗠 tidak teragak-agak untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 𝗦𝗢𝗦𝗠𝗔 untuk menahan mereka yang memainkan sentimen 3R ini hanya untuk meraih populariti dan menangguk di air yang keruh.
𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝘂 𝗜𝗻𝗶
Kerajaan mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan isu ini ditangani dengan bijaksana dan adil, tanpa memihak kepada mana-mana pihak secara melulu. Prinsip Malaysia Madani harus menjadi panduan utama dalam mencari jalan penyelesaian.
Semangat kekeluargaan dan muhibbah perlu dikekalkan agar setiap keputusan yang dibuat mencerminkan kepentingan bersama. Penulis yakin pihak kerajaan sedang berkomunikasi dengan pelbagai pihak termasuk pemimpin agama dan masyarakat bagi memastikan tidak timbul sebarang salah faham yang boleh dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak 𝗦𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 juga perlu memantau dan mengambil tindakan perlu bagi menyekat penularan berita palsu dan bersifat menghasut.
𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮-𝗚𝗮𝗹𝗮𝗻𝘆𝗮
Kita harus belajar daripada sejarah dan tidak membenarkan perpecahan berlaku hanya kerana provokasi pihak tertentu. Semua pihak, termasuk pemimpin politik, badan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat umum, mesti memainkan peranan dalam mengekalkan keharmonian negara.
Marilah kita kembali kepada asas pembinaan negara bangsa dan terus memelihara perpaduan yang menjadi tunjang utama kestabilan Malaysia. Keamanan negara ini adalah tanggungjawab bersama, dan sebarang permasalahan harus ditangani dengan penuh kebijaksanaan serta semangat muhibah.
𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗿. 𝗔𝗹𝗲𝘅𝗮𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗡𝗼𝗼𝗿
𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿
𝟮𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱




