𝟭. 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗥𝗠𝟭𝟱𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗶𝗻𝗶?
Ya. Kajian keperluan telah dibuat melalui sesi libat urus bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Ogos 2022. Kajian ini untuk mengenalpasti lokasi sesuai, jumlah diperlukan dan keperluan peniaga selepas pandemik Covid-19.
𝟮. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝘆𝗞𝗶𝗼𝘀𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗠𝟭𝟱,𝟬𝟬𝟬 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗠𝟮𝟱,𝟬𝟬𝟬 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻?
Harga meningkat kerana penambahbaikan besar pada MyKiosk 2.0 seperti:
– Reka bentuk lebih mesra pengguna
– Tenaga solar 1000 watt (berbanding 300 watt)
– Sistem elektrik & pencahayaan LED lebih baik
– Struktur kukuh dengan bahan tahan lama
– Penambahan ciri-ciri seperti bumbung buka, sistem hidraulik, rak mudah laras
𝟯. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮?
Reka bentuk semasa adalah hasil cadangan daripada PBT dan peniaga sendiri. Ia bertujuan untuk memudahkan lesen perniagaan dan sesuai untuk operasi di tepi jalan. Walau bagaimanapun, reka bentuk boleh disesuaikan mengikut keperluan lokasi masing-masing.
𝟰. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗼𝘀 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗠𝘆𝗞𝗶𝗼𝘀𝗸 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵?
Sambutan MyKiosk 1.0 sangat menggalakkan dengan 84.35% unit diisi dan digunakan. Justeru, ia diteruskan ke versi 2.0 yang sedang dalam proses pelaksanaan dan penambahbaikan.
𝟱. 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗶𝗼𝘀𝗸 𝗶𝗻𝗶? 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝘁𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮?
Semua urusan perolehan dibuat oleh PBT secara tender sebut harga terbuka. Kontraktor dilantik adalah yang berdaftar dengan CIDB Gred G1 dan G2 sahaja.
𝟲. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝗶𝗼𝘀𝗸 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵?
Kiosk MyKiosk direka khas untuk lokasi di tepi jalan, sesuai untuk peniaga kecil. Ia dilengkapi tenaga solar dan sistem pencahayaan LED, serta boleh dialih dan disesuaikan mengikut keperluan PBT.
𝟳. 𝗦𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗶𝗻𝗶?
Belum ada. Namun, KPKT komited memastikan projek ini telus, berimpak dan benar-benar membantu peniaga kecil.
𝙈𝙮𝙆𝙞𝙤𝙨𝙠 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙞𝙣𝙞𝙨𝙞𝙖𝙩𝙞𝙛 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙪𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙠𝙡𝙪𝙨𝙞𝙛 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙣𝙞𝙖𝙜𝙖 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣. 𝙋𝙚𝙣𝙖𝙢𝙗𝙖𝙝𝙗𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙨𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢 𝙗𝙖𝙡𝙖𝙨 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙋𝘽𝙏.




