𝐂𝐘𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟔 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 –𝐒𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐥𝐭𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐂𝐌𝐂) hari ini tampil memberikan penjelasan mengenai isu kutipan data telefon bimbit daripada syarikat telekomunikasi (MNO) yang sedang hangat diperkatakan.
MCMC menegaskan bahawa data yang dikutip bukanlah data peribadi pengguna seperti nama, nombor IC atau lokasi individu. Sebaliknya, data yang diminta adalah data telah dilogamkan (anonymised) dan digunakan untuk tujuan statistik rasmi sahaja, seperti membuat dasar kerajaan berdasarkan bukti (evidence-based policy).
Menurut MCMC, data ini digunakan untuk dua sektor utama:
𝟏. 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐈𝐂𝐓 – untuk kiraan bilangan pengguna internet mudah alih mengikut negeri, daerah, kawasan Parlimen dan DUN.
𝟐. 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 – untuk tahu berapa ramai pelawat tempatan dan jumlah perjalanan pelancongan dalam negara.
MCMC turut menjelaskan bahawa syarikat telekomunikasi ada dua pilihan:
• Sama ada proses data secara dalaman dan hanya hantar data yang telah dianonimkan kepada MCMC, atau;
• Hantar terus data mentah yang telah dinyah klasifikasi kepada MCMC untuk diproses.
“𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗱𝗮𝘁𝗮 𝗶𝗻𝗶,” 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗠𝗖𝗠𝗖.
Inisiatif ini juga bukan dilaksanakan secara tergesa-gesa. Sejak dua tahun lalu, MCMC telah menjalankan pelbagai sesi libat urus dengan semua MNO seperti CelcomDigi, Maxis, TM Tech, U Mobile dan YTL. Malah, bengkel khas telah diadakan pada September 2024 bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Komunikasi, dan ITU (International Telecommunication Union).
Menurut MCMC lagi, penggunaan data telefon bimbit sebagai sumber statistik negara ini selaras dengan amalan antarabangsa seperti di Indonesia dan Brazil, yang turut menggunakan data telekomunikasi yang dilogamkan bagi membantu perancangan kerajaan tanpa menjejaskan privasi pengguna.
“Kami jamin, tiada data peribadi individu akan terdedah. Ini semua untuk tujuan perancangan dan dasar negara yang lebih baik,” tambah kenyataan itu.
𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚




