Budaya Rasuah Di Malaysia – Akar – Sebab, Akibat & Jalan Pemulihan

Budaya Rasuah Di Malaysia – Akar – Sebab, Akibat & Jalan Pemulihan

𝐋𝐚𝐭𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡

𝐚) 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐨𝐧𝐚𝐠𝐞

  • Budaya patronage bermula sejak awal kemerdekaan, di mana pengagihan kontrak, lesen dan jawatan menjadi ganjaran kepada kesetiaan politik.
  • Lama-kelamaan, amalan ini membudaya dan menjadi “𝐧𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢” yang sukar dibanteras.

𝐛) 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐛𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦

Banyak jabatan awam tidak menilai prestasi berdasarkan integriti dan keberkesanan, tetapi berdasarkan kesetiaan dan kepatuhan membuta tuli kepada ketua.

𝐜) 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐩𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 (𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜 𝐈𝐠𝐧𝐨𝐫𝐚𝐧𝐜𝐞

  • Ramai rakyat hanya tersedar apabila rasuah memberi kesan langsung kepada harga barang, kemudahan awam, dan peluang pekerjaan.
  • Persepsi bahawa “semua orang buat”, atau “kalau tak rasuah, tak jalan kerja” membentuk kitaran toksik.

𝟐. 𝐈𝐦𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚

𝐚) 𝐊𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢

  • Ketirisan projek mega menyebabkan puluhan bilion wang rakyat lesap.
  • Pelabur asing kehilangan keyakinan terhadap ketelusan Malaysia, menyebabkan aliran keluar modal.

𝐛) 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧g

Pemusatan kuasa dalam tangan politikus menyebabkan institusi seperti SPRM, PDRM, AGC dilihat berat sebelah, walaupun ia sedang dipulihkan.

𝐜) 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥

Wujud jurang kekayaan yang besar antara elit politik dan rakyat biasa, menyebabkan rasa marah, hilang kepercayaan terhadap demokrasi dan pilihan raya.

𝟑. 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐊𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐏𝐌𝐗 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬?

Tindakan terhadap tokoh politik (tidak kira kerajaan atau pembangkang) adalah berdasarkan siasatan terbuka SPRM dan keputusan Mahkamah.

Isu balas dendam politik ini dijaja oleh pihak yang terancam, kerana mereka sebelum ini berselindung di sebalik kuasa politik untuk melindungi kegiatan salah laku mereka.

PMX secara konsisten menyatakan komitmen beliau dalam membanteras rasuah — bukan hanya slogan, tetapi melalui tindakan seperti:

– Pembekuan aset dan pendakwaan besar-besaran.
– Pengisytiharan harta menteri.
– Ketelusan kontrak perolehan.

𝟒. 𝐓𝐮𝐝𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐥𝐢𝐦: 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐰𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐤𝐭𝐚

Ada pihak yang cuba menanam persepsi kononnya tindakan kerajaan membekukan aset dan menyita kekayaan hasil rasuah sebagai zalim. 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚, 𝐚𝐬𝐞𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐭𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐡, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐫𝐨𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦𝐢𝐤.

Menyita aset rasuah adalah tanggungjawab undang-undang dan moral kerajaan dalam mengembalikan semula hak rakyat.

Dalam banyak kes, penyitaan hanya berlaku setelah siasatan mendalam, pembuktian transaksi haram, dan keengganan individu terbabit untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Jika tiada tindakan tegas, rakyat akan terus menjadi mangsa — sedangkan perasuah hidup mewah hasil darah dan keringat negara.

𝟓. 𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐮𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡

𝐚) 𝐏𝐢𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 & 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢

  • Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Integriti dan Audit Kontrak Awam (SIKA).
  • Memperkasakan SPRM di bawah Parlimen, bukan Jabatan Perdana Menteri.
  • Pindaan Akta SPRM bagi mewajibkan pengisytiharan harta secara berkala, dengan hukuman berat untuk kegagalan.

𝐛) 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡𝐚𝐧

Gunakan blockchain untuk merekodkan kontrak dan transaksi kerajaan.

– Blockchain ialah teknologi lejar teragih (distributed ledger) yang memastikan setiap rekod transaksi adalah kekal, telus dan tidak boleh diubah.

– Setiap urus niaga direkod secara kronologi dan terbuka untuk diaudit, mengelakkan manipulasi atau ‘backdating’.

– Pihak yang berkaitan dalam rantaian perolehan seperti pembekal, kontraktor dan pegawai kerajaan boleh mengakses data yang sama secara masa nyata.

– Ini membolehkan pengesanan awal terhadap kelewatan, lebihan kos, dan kemungkinan salah guna kuasa.

– Sebagai contoh, sebarang perubahan spesifikasi, harga atau tarikh kontrak akan dapat dikesan serta-merta dan direkod dengan cap masa (timestamp).

𝐜) 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢

Modul “Anti-Rasuah Bermula di Rumah dan Sekolah” dalam kurikulum.

Penubuhan kelab integriti di sekolah dan IPT, disertai kempen nasional seperti “Rasuah Itu Pengkhianatan Negara”.

𝐝) 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐆𝐚𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭

Galakkan “Whistleblower Incentive”, beri insentif kepada pemberi maklumat terbukti.

Perlindungan undang-undang menyeluruh kepada pemberi maklumat dan saksi.

𝗲) 𝗣𝗲𝗺𝘂𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗪𝗮𝗻𝗴

Wujudkan akaun politik rasmi untuk setiap parti dan calon, diaudit oleh badan bebas.

Had sumbangan politik dari syarikat dan individu dikenakan had dan perlu diumumkan secara terbuka.

𝟔. 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐓𝐨𝐤𝐨𝐡 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

a) Kes Pembekuan Aset oleh SPRM

SPRM telah membekukan lebih 100 akaun bank milik seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri dan rangkaiannya melibatkan nilai RM217 juta, mencerminkan komitmen SPRM terhadap penyiasatan aliran wang yang mencurigakan dari sektor swasta.

b) Skandal AllahyarhamDaim Zainuddin dan Pandora Papers

Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, dikaitkan dengan aset luar negara bernilai jutaan ringgit yang tidak diisytihar, membangkitkan persoalan mengenai keterlibatan elit korporat dalam pelaburan yang diselubungi kerahsiaan.

c) Projek PKFZ dan Nepotisme Korporat

Pembengkakan kos dari RM1.9 bilion ke RM12.5 bilion dalam Projek PKFZ menjadi contoh bagaimana tokoh perniagaan dan politik bekerjasama menyelewengkan wang rakyat.

d) Kes T7 Global Bhd

Timbalan Pengerusi T7 Global Bhd ditahan kerana penipuan kontrak bernilai RM10 juta, menunjukkan bahawa rasuah juga wujud dalam kontrak sederhana bersifat korporat.

e) Cadangan Penambahbaikan

* Penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM bagi pertanggungjawaban korporat.
* Kewajipan audit pihak ketiga dalam semua kontrak kerajaan.
* Perisytiharan aset luar negara oleh pengarah syarikat dan individu berkepentingan.
* Pendedahan terbuka terhadap semua dana politik dari korporat.
* Insentif kepada pemberi maklumat dalam sektor korporat.

𝟕. 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐈𝐬𝐮 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥, 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐮 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤

Rasuah bukan sekadar kesalahan jenayah – ia adalah pengkhianatan terhadap masa depan rakyat. Mereka yang kini mempertikai tindakan kerajaan MADANI terhadap perasuah bukanlah pejuang keadilan, tetapi pelindung sistem lama yang sarat kepentingan peribadi.

Malaysia hanya boleh maju jika kita membina generasi yang percaya kepada kejujuran, bukan kepada jalan pintas. Dan usaha ini memerlukan keberanian politik, seperti yang kini sedang dibawa oleh PMX dan pentadbirannya.

𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐫. 𝐀𝐥𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐍𝐨𝐨𝐫
𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐎𝐧𝐧
𝟏𝟎 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓