Madani News

Sangat berjaya, bermakna untuk Perancis – Presiden Macron

PERANCIS menyifatkan lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu sebagai berjaya.

Presiden Emmanuel Macron berkata, kerjasama kedua-dua negara juga berjaya ditingkatkan melalui pertemuan peringkat tinggi Anwar dengan Perdana Menteri Francois Bayrou termasuk pertemuan dengan kapten industri Perancis.

Memetik Buletin TV3, Macron turut menyifatkan lawatan rasmi itu amat bermakna berikutan lawatan terakhir oleh pegawai tinggi Malaysia adalah 15 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, hubungan Perancis dengan Malaysia dan ASEAN semakin kukuh.

Sementara itu, Anwar berharap Presiden Macron akan mengadakan lawatan ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Francophonie ke-20 di Kemboja tahun hadapan.

Delegasi Malaysia yang mengiringi Anwar melibatkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk seri Tengku Zafriul Abdul Aziz.

Perancis kekal sebagai satu daripada lima rakan perdagangan utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.

Pada 2024, perdagangan dua hala kedua-dua negara berjumlah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan antara Januari hingga Mei tahun ini.

Back to top button