Madani News

‘Melakar Semula Pembangunan’ jadi tema RMK13

RANCANGAN Malaysia ke-13 (RMK13) yang bertema “Melakar Semula Pembangunan” merupakan rancangan jangka panjang yang menjadi adalah titik tolak kepada usaha kerajaan mengangkat martabat rakyat dan generasi akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menjadi pemacu utama transformasi negara dengan menekankan peralihan menyeluruh ke arah pendigitalan, teknologi termaju termasuk kecerdasan buatan (AI), serta pembangunan sistem sosial.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah ia akan menumpukan kepada tiga kebijakan utama, dengan berpaksikan tatakelola yang baik kepada kepada pentadbiran negara dalam memastikan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama.

Selain itu, meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi, kata Anwar.

“Peralihan ini bermatlamat untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara, umpama menaikkan siling atau bumbung. Tunjang utama peralihan ini adalah pendigitalan dan teknologi termaju, terutama AI.

“Penekanan akan diberikan kepada pembangunan industri HGHV dan sektor strategik yang bernilai tinggi, pertumbuhan yang terangkum, mampan dan seimbang, serta pengukuhan kedudukan Malaysia di persada ekonomi dunia. Justeru, budaya mencipta menjadi agenda terpenting dalam melonjakkan penghasilan produk dan perkhidmatan tempatan yang berdaya saing,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.

Back to top button