Gov News

Residensi Aman Madani bakal dilengkapi sekolah menegak

DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu Residensi Aman Madani dilengkapi dengan sekolah menegak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam pertemuan dengan pemaju bersama kementeri dan agensi berkaitan hari ini.

“Susulan perasmian Residensi Aman Madani saya telah memanggil pemaju bersama kementerian dan agensi berkaitan bagi membincangkan penyediaan sekolah menegak di kawasan ini.

“Walaupun terdapat sekolah rendah berdekatan, kapasiti yang terhad menuntut pembangunan sekolah baru selari dengan pertambahan penduduk.

“Justeru saya telah mencadangkan agar wujudnya sekolah menegak dalam kawasan pembangunan atau pembinaan sekolah berhadapan residensi yang disambung jejantas,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, sekolah ini terbuka kepada semua penduduk setempat selain kemudahan mengikut kerangka Madani termasuk tadika, surau, klinik, dan pusat keselamatan yang akan dibina kelak.

Tegasnya, semua prasarana lengkap ini diwujudkan demi keselesaan rakyat.

Back to top button