
Dalang sindiket jual bahan lucah kanak-kanak 12 tahun sedang disiasat
POLIS sedang mengenal pasti dalang di sebalik sindiket penjualan bahan lucah membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun melalui, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin Nasution berkata, Unit Siasatan Jenayah Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) memerlukan sedikit masa bagi menjalankan siasatan secara terperinci mengenai kes berkenaan.
“Bila melibatkan kanak-kanak bila menguruskan kes kanak-kanak ada kaedahnya…siasatan masih kita buat dan tentu ambil masa lebih sikit.
“D11 ada pelbagai kepakaran ia tidak macam kita urus kes biasa,” katanya seperti dipetik MalaysiaGazette.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui di Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2025 dan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini.
Saifuddin semalam dilaporkan Dewan Rakyat mendedahkan polis berjaya menumpaskan sindiket jual bahan lucah WhatsApp diketuai budak 12 tahun.
Menurutnya, empat kanak-kanak didapati berpengalaman mencipta laman web lucah bagi menjual gambar tubuh mereka.
Mereka didakwa memperoleh pendapatan lumayan sehingga mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.-