Madani News

Kerajaan pertimbang tubuh Kementerian Undang-Undang Khusus – PM

KERAJAAN sedang mempertimbangkan penubuhan Kementerian Undang-Undang Khusus dalam usaha memperkasa institusi perundangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu akan membawa Malaysia dalam interaksi yang jauh lebih baik, khususnya dalam negara anggota ASEAN.

“Dalam semangat pemerkasaan undang-undang, Malaysia sedang mencari jalan terbaik untuk memperkukuh aspek undang-undang.

“Kita sedang pertimbang penubuhan Kementerian Undang-Undang Khusus yang bukan sahaja memastikan kesepaduan lebih besar dalam ekosistem perundangan negara, malah mampu memperkukuh kerjasama serantau dalam aspek kedaulatan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di ibu negara, hari ini.

Perdana menteri berkata, soal perundangan perlu bersifat inklusif, iaitu memberi manfaat kepada setiap individu tanpa mengira latar belakang.

Back to top button