Gov News

Pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 di fasa akhir

KAEDAH pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 kini di fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan termasuk pengujian penggunaan MyKad dan e-dompet.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, proses tersebut melibatkan semua pemegang taruh termasuk pengusaha stesen minyak bagi memastikan ikhtiar penyasaran subsidi dilaksana secara efisyen.

“Mekanisme MyKad ini digunakan dengan memasukkan MyKad ke terminal pembaca MyKad yang disediakan oleh kerajaan.

“Terminal tersebut akan berhubung dengan pangkalan data pusat kerajaan bagi menentukan kelayakan dan kuota.

“Jika layak, rakyat boleh membeli RON95 dengan harga subsidi RM1.99 sen seliter dan sekiranya tidak, pembayaran dibuat mengikut harga dipam tanpa subsidi,” katanya pada Sesi Kamar Khas di Parlimen, semalam.

Mengulas lanjut, Amir berkata, kerajaan juga giat bekerjasama dengan syarikat minyak bagi mengkaji penyediaan pilihan kepada pengguna termasuk opsyen membeli minyak bersubsidi di pam tanpa perlu ke kaunter pembayaran.

Buat masa ini katanya, kriteria penerima subsidi RON95 masih belum dimuktamadkan.

Back to top button