
Pemimpin MIC hadir program Armada, BN minta penjelasan MIC
BARISAN Nasional (BN) akan meminta parti komponennya MIC supaya memberi penjelasan berhubung tindakan Timbalan Ketua Pemudanya K Kesavan hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu, semalam.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, akan memohon parti itu memberi penjelasan secara bertulis.
Bagaimanapun kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, ia terserah kepada kepimpinan MIC atau sebaliknya terhadap pemimpin pemudanya itu.
“Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana parti gabungan BN menghantar wakil sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi menghadiri sebarang mesyuarat dianjurkan parti di luar Kerajaan Madani,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di Bagan Datuk, semalam.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya sekiranya BN akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap pemimpin MIC itu.
Kelmarin, media melaporkan Kesavan hadir ke persidang Armada Bersatu di IDCC Shah Alam