Malaysian News

SPRM siasat harta Tun M di London

SIASATAN membabitkan aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata badan itu kini dalam usaha mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berhubung aset Mahathir di luar negara.

“Siasatan terhadap Tun M masih lagi dijalankan dan SRPM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutamanya daripada pihak berkuasa UK berhubung aset-aset yang dimilikinya.

“Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan,” katanya dalam sidang di ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, dua anak bekas perdana menteri dua kali itu memiliki harta bernilai lebih RM1.2 bilion membabitkan pegangan aset dan saham.

Nilai itu berdasarkan pengisytiharan harta yang dikemukakan Tan Sri Mokhzani dan Mirzan kepada SPRM.

Berdasarkan pengisytiharan harta itu, jumlah aset keseluruhan Mokhzani bernilai kira-kira RM1 bilion dengan ‘personal value’ (aset peribadi) sebanyak RM360 juta.

Mirzan pula jumlah asetnya adalah sebanyak RM246.2 juta dengan ‘personal value’ sebanyak RM120 juta.

Back to top button