Malaysian News

TPR SPRM ditahan kerana disyaki terbabit kes dadah

SEORANG Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang baharu sahaja melaporkan diri untuk bertugas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu telah ditahan polis semalam kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, SPRM memaklumkan bahawa pegawai terbabit ditahan di kediamannya selepas pihak polis menjalankan pemeriksaan yang membawa kepada penemuan bahan terlarang yang disyaki dadah.

“SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, salah laku atau perlakuan jenayah dalam kalangan warga kerjanya.

“SPRM komited untuk memastikan integriti dan tata kelola organisasi sentiasa terpelihara,” katanya.

Back to top button