Malaysian News

Ultras Malaya terus semarak Himpunan Sumud Flotilla

HIMPUNAN Sumud Flotilla (HSF) menyaksikan gelombang ketiga yang disertai ratusan peserta daripada Ultras Malaya di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di ibu negara, malam tadi.

Mereka yang berpakaian serba hitam mula berkumpul di Jalan Tun Razak sebelum berarak dengan membawa kain rentang ‘Merdeka Palestin’ menuju ke Kedutaan AS kira-kira pukul 9 malam.

Mereka dilihat turut melaungkan nyanyian solidariti buat penduduk Gaza di Palestin sambil membakar suar bewarna merah.

Himpunan tersebut diadakan sebagai protes berhubung tindakan Israel menahan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GFS).

Mereka juga antara lain menuntut pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan serta mengecam kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin.

Himpunan berlangsung dalam keadaan terkawal dengan dipantau rapi polis.

Sebelum ini, dua himpunan awal berlangsung secara aman sekitar pukul 12 tengah hari dan 4 petang yang dihadiri lebih 5,000 peserta.

Difahamkan, HSF turut akan diadakan di lokasi sama pada pukul 2 petang hari ini.

Back to top button