Madani News

Peluang bincang serampang dua mata dengan Trump – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu memanfaatkan pertemuannya dengan Presiden Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk membincangkan soal perdagangan dan keamanan global, khususnya Gaza.

Perdana Menteri berkata, jika sebelum ini beliau hanya berbual melalui telefon dengan Trump, tapi kali ini akan menyampaikannya sebagai terus kepada Trumpa yang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, hujung minggu ini.

“Saya ingin menggunakan peluang ini sudah tentu, untuk melindungi kepentingan Malaysia dalam pelaburan perdagangan, juga untuk menyatakan beberapa pandangan peribadi tentang apa yang saya fikir baik untuk Malaysia, untuk AS, untuk dunia. Ini termasuk isu yang melibatkan Palestin.

“Kita mesti menerima hakikat Trump sudah melakukan tindakan besar dalam menghentikan pengeboman haram (rejim Israel) di Gaza.

“Tetapi cabaran kita sudah tentu, adalah untuk memastikan keamanan berlaku, keadilan ditegakkan, dan akhirnya, kepentingan serta aspirasi dan hak diberikan kepada Palestin,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sesi soal jawab ketika Forum Ilmu PNB 2025 di ibu negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia mengekalkan hubungan rapat dengan kuasa besar, termasuk AS dan China.

“Dasar utama yang kami pegang ialah prinsip berpusat. Sebagai sebuah negara perdagangan, kami berkembang bukan sahaja dengan Eropah, Asia dan Amerika, tetapi juga dengan Amerika Latin dan Afrika Selatan,” katanya lagi.

Tambah Anwar, buat pertama kali ASEAN menerima penyertaan daripada Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dari Brazil dan Presiden Cyril Ramaphosa sebagai rakan dialog.

Back to top button