Malaysian News

Kerajaan minta menantu Muhyiddin pulang bersihkan nama

KERAJAAN merayu ahli Perniagaan dalam buruan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan supaya pulang ke tanah air bagi membersihkan namanya daripada tuduhan pecah amanah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak perlu menjadi pengecut jika tidak bersalah.

“Baliklah dan bersihkan nama anda. Kenapa lari kecuali takut,” katanya pada sidang medi pasca Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Semalam, media melaporkan Muhammad Adlan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.

Beliau dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah.

Akhbar New Straits Times (NST) dalam satu laporan juga menyiarkan beberapa gambar menunjukkan Muhammad Adlan bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat.

Back to top button