
Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai pemimpin yang hadir
SIDANG Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober bakal menjadi acara kemuncak Pengerusi ASEAN Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.
Berikut ialah senarai pemimpin dan pegawai yang akan menghadiri mesyuarat berkenaan:
Negara Anggota ASEAN
Malaysia – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Brunei Darussalam – Sultan Hassanal Bolkiah
Kemboja – Perdana Menteri Hun Manet
Indonesia – Presiden Prabowo Subianto
Laos – Perdana Menteri Sonexay Siphandone
Myanmar – Setiausaha Tetap Kementerian Luar U Hau Khan Sum
Filipina – Presiden Ferdinand R. Marcos Jr.
Singapura – Perdana Menteri Lawrence Wong
Thailand – Perdana Menteri Anutin Charnvirakul
Vietnam – Perdana Menteri Pham Minh Chinh
Negara Anggota Baharu ASEAN bermula 26 Okt
Timor-Leste – Presiden Jose Ramos-Horta dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão
Rakan Dialog
Australia – Perdana Menteri Anthony Albanese
Kanada – Perdana Menteri Mark Carney
China – Premier Li Qiang
India – Perdana Menteri Narendra Modi (menyertai secara maya)
Jepun – Perdana Menteri Sanae Takaichi
New Zealand – Perdana Menteri Christopher Luxon
Rusia – Timbalan Perdana Menteri Alexey Overchuk
Korea Selatan – Presiden Lee Jae-myung
Amerika Syarikat – Presiden Donald Trump
Rakan Dialog Sektoral
Brazil – Presiden Luiz Inacio Lula da Silva
Afrika Selatan – Presiden Matamela Cyril Ramaphosa
Lain-lain
Finland – Menteri Luar Elina Valtonen
Majlis Kesatuan Eropah – Presiden Antonio Costa
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) – Presiden Gianni Infantino
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) – Pengarah Urusan Kristalina Georgieva
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Setiausaha Agung Antonio Guterres
Bank Dunia – Naib Presiden bagi Rantau Asia Timur dan Pasifik (EAP) Carlos Felipe Jaramillo


