Hajiji kekal jadi Ketua Menteri Sabah
MESKIPUN tiada parti yang berjaya melepasi angka majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, namun Datuk Seri Hajiji Noor telah dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu pada 3.05 pagi Ahad.
Ia susulan, Hajiji yang mengetuai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memperolehi majoriti mudah selepas beberapa parti lain termasuk Bebas menyatakan sokongan kepada beliau membentuk kerajaan baharu Sabah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GRS telah memenangi 29 kerusi DUN daripada 73 yang dipertandingkan.
Pada PRN ini, Hajiji berjaya menambat hati penduduk DUN Sulaman apabila beliau memperoleh 8,919 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.
Keputusan penuh sengit Pilihan Raya Negeri (PRN) lewat malam menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan gagal mendapat sekurang-kurangnya 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
GRS memenangi 29 kerusi, manakala Parti Warisan (Warisan) meraih 25 kerusi, Barisan Nasional (BN) pula enam, bebas (lima), UPKO (tiga), Star (dua), Pakatan Harapan (satu), Perikatan Nasional (satu) dan KDM (satu).


