Gov News

Tengku Zafrul dilanti sebagai Pengerusi MIDA

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuatkuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, PMO memaklumkan pelantikan itu bagi tempoh dua tahun.

“Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memberi tanggungjawab baharu kepada Zafrul.

Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi Tengku Zafrul sepanjang menjalankan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Back to top button