Gov News

Senarai penuh barisan Kabinet baharu Kerajaan MADANI

ROMBAKAN Kabinet telah diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyaksikan beberapa tokoh besar bertukar portfolio.

Rombakan itu adalah langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

Ini merupakan rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Perdana Menteri mengumumkan senarai rombakan Kabinet menerusi siarang langsung yang diadakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada pukul 3.30 petang tadi.

Berikut antara senarai Menteri dan Timbalan Menteri baharu Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri:

Liew Chin Tong diumum Timbalan Menteri Kewangan baharu

Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Datuk Mustapha Sakmud dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah Sarawak)

Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik menerajui Kementerian Ekonomi

Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Dr Zulkifli Hasan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi

Datuk Seri R Ramanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia yang baharu

Marhamah Rosli dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Steven Sim dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Berikut adalah senarai penuh rombakan Kabinet 2025:

Hannah Yeoh – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Mustafa Sakmud – Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak

Zulkifli Hasan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Johari Ghani – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Steven Sim – Menteri Usahawan dan Koperasi

Akmal Nasrullah Mohd Nasir – Menteri Ekonomi

Mohammed Taufiq Johari – Menteri Belia dan Sukan

Arthur Joseph Kurup – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Noraini Ahmad – Menteri Perladangan dan Komoditi

R Ramanan – Menteri Sumber Manusia

Timbalan Menteri:

Liew Chin Tong – Timbalan Menteri Kewangan

Marhamah Rosli – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Mohamad Alamin – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Sim Tze Tzin – Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Lo Su Fui – Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Adam Adli Abd Halim – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

Chan Fong Hin – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Lim Hui Ying – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Lukanisman Awang Sauni – Timbalan Menteri Luar Negeri

Back to top button