Madani News

Jalankan tugas dengan penuh amanah – PM

BARISAN Kabinet yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat.

Itulah harapan yang dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil merakamkan penghargaan terima kaeih kepada barisan Kabinet sebelum yang telah menjayakan agenda reformasi pembangunan negara.

“Saya menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah ini dapat bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan.

“Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama dalam Kabinet Madani sebelum ini atas khidmat bakti, sumbangan serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam sidang medianya ketika mengumumkan rombakan Kabinet, Anwar berkata, semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik dalam rombakan Kabinet akan mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, pagi esok.
Anwar Ibrahim berkata Sultan Ibrahim sudah berkenan untuk menerima menghadap semua 27 menteri dan timbalan menteri berkenaan.

Katanya, mesyuarat Kabinet akan diadakan pada sebelah petang selepas majlis berkenaan.

“Upacara angkat sumpah diperkenan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong akan berlangung esok di Istana negara dan mesyuarat Jemaah Menteri akan diteruskan pada jam 2.30 petang esok,” katanya.

Majlis mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan itu dijadual bermula jam 8.30 pagi.

Back to top button