Madani News

Kebenaran terbukti jua – Zahid

KEBENARAN terbukti jua, demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan dihadapinya.

“Syukur Alhamdulillah. Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua,” tulis Presiden UMNO itu dalam satu hantaran di Facebooknya.

Terdahulu AGC memaklumkan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadapan keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan terhadapnya.

Ia melibatkan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

“Berikutan keputusan DNAA tersebut, siasatan lanjut dan terperinci telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang merangkumi aspek-aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana berkenaan, termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan melalui enam (6) representasi yang dikemukakan kepada jabatan ini (AGC) selepas Zahid dipanggil untuk membela diri.

“Setelah meneliti keseluruhan bahan dan keterangan baharu yang diperolehi hasil daripada siasatan lanjut dan penelitian tersebut, jabatan ini, berdasarkan penilaian dan pertimbangan pendakwaan, mendapati bahawa keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut.

“…sehubungan itu, jabatan ini memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (“No Further Action”) akan diambil berhubung kes berkenaan,” kata kenyataan itu.

Back to top button