
Rumah bangsa UMNO’ tiada masalah – Fahmi
UMNO berhak untuk menyuarakan cadangan bagi pembentukan “Rumah Bangsa”, kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, UMNO berhak menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti.
“Itu adalah hak (Presiden UMNO) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tidak salah dalam undang-undang negara kita untuk membangkitkan persoalan seumpama itu.
“Namun, saya turut ambil maklum beberapa parti politik sama ada terang-terangan ataupun halus memberi jawapan kepada beliau,” katanya.
Fahmi berkata demikian selepas ditemui pada majlis pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional, di Shah Alam, semalam.
Ahmad Zahid dalam ucapan penggulangan Perhimpunan Agung UMNO melontarkan mencadangkan pembentukan kolaborasi agung bagi menyatukan seluruh parti politik Melayu-Islam di negara ini.
Kerjasama itu bagaimanapun kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menggugat Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, “gabungan longgar” itu akan membabitkan parti politik Melayu Islam serta NGO.


