Madani News

Nisfu Syaaban: PM seru umat Islam perkukuh rohani menjelang Ramadan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh umat Islam di negara ini untuk memanfaatkan kelebihan malam Nisfu Syaaban 1447 Hijrah dengan memperbanyakkan zikir dan doa sebagai persiapan spiritual menuju Ramadan Al-Mubarak.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau menekankan bahawa malam yang penuh barakah ini merupakan ruang terbaik untuk setiap individu bermuhasabah diri.

Anwar berkata, amalan berzikir dan berdoa bukan sekadar rutin ibadah, malah ia adalah wasilah untuk memohon keampunan daripada Allah SWT serta perlindungan daripada sebarang musibah.

“Menjelang malam Nisfu Syaaban 1447 Hijrah ini, kita anjurkan bersama-sama untuk berzikir mengingati Allah SWT dan berdoa memohon untuk mengampunkan dosa dan melepaskannya daripada segala susah bala bencana,” katanya

Menyentuh mengenai kedatangan Ramadan yang kian hampir, Perdana Menteri menyifatkan bulan suci tersebut sebagai sebuah ‘madrasah’ yang melatih jiwa manusia ke arah kebaikan yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak umat Islam menghayati serta mengamalkan doa yang terkandung dalam Surah Al-Hashr, ayat 10.

Menurut beliau, ayat tersebut merupakan panduan penting dalam membina hati yang bersih serta menyemai kasih sayang sesama insan.

Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memupuk nilai-nilai murni dan kesejahteraan emosi rakyat dalam mendepani cabaran semasa.

Back to top button