๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐ฎ๐š๐ง: ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐›๐ž๐ณ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐ฎ๐š๐ง: ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐›๐ž๐ณ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

KERAJAAN Perpaduan diwujudkan dalam suasana politik yang sangat mencabar. Ia bukan lahir kerana semua parti mempunyai ideologi yang sama, tetapi kerana negara memerlukan kestabilan selepas beberapa siri krisis politik dan pertukaran kerajaan.

Sebab itu, apabila timbul isu sensitif melibatkan agama, kaum, pendidikan atau ekonomi Bumiputera, parti-parti dalam kerajaan mula menunjukkan ketegangan. Masing-masing perlu menjaga hubungan dalam kerajaan, tetapi pada masa yang sama mempertahankan sokongan akar umbi sendiri.

๐ˆ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐ซ๐ž๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐ ๐š๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง.
Cabaran terbesar Kerajaan Perpaduan hari ini bukan sekadar tekanan pembangkang, tetapi pertandingan naratif sesama sendiri. Ada pemimpin yang terlalu cepat memberi kenyataan terbuka terhadap rakan gabungan hanya untuk dilihat โ€œberaniโ€ di mata penyokong masing-masing. Akhirnya, rakyat melihat kerajaan lebih banyak bercakap tentang konflik berbanding penyelesaian.

Dalam politik moden, persepsi sangat penting. Jika parti-parti terus menyerang sesama sendiri di media sosial dan pentas terbuka, kepercayaan antara rakan gabungan akan semakin rapuh.

Sebab itu, kerajaan memerlukan disiplin politik yang tinggi.

Tidak semua perbezaan perlu dibawa ke media. Banyak perkara sepatutnya diselesaikan melalui rundingan tertutup. Dalam kerajaan gabungan, kemampuan mengurus konflik secara matang jauh lebih penting daripada cuba menjadi โ€œhero politikโ€ setiap hari.

Sekretariat Kerajaan Perpaduan atau mekanisme rundingan antara parti juga mesti berfungsi secara aktif. Komunikasi yang lemah sering menjadi punca keruntuhan gabungan politik di banyak negara.

Dalam masa yang sama, kerajaan perlu memberi fokus kepada prestasi. Rakyat lebih mahu melihat penyelesaian terhadap kos sara hidup, peluang pekerjaan, pelaburan dan pembangunan negara daripada pertelingkahan politik yang berpanjangan.

Hakikatnya, kejayaan ekonomi adalah โ€œgamโ€ paling kuat untuk memastikan gabungan politik terus bertahan.

Cabaran lebih besar sebenarnya berlaku di peringkat negeri. Di Persekutuan, persefahaman boleh diwujudkan atas nama kestabilan nasional. Namun di negeri-negeri, sejarah persaingan politik dan sentimen akar umbi jauh lebih kuat.

Ada negeri yang masih sukar menerima kerjasama antara parti tertentu. Sabah dan Sarawak pula mempunyai dimensi politik lokal yang berbeza.

Sebab itu, pendekatan satu formula untuk semua negeri tidak akan berjaya. Kerjasama politik perlu lebih fleksibel mengikut realiti tempatan.

Apa yang penting ialah semua pihak memahami batas tertentu yang tidak boleh dipolitikkan secara melampau, terutama melibatkan institusi Raja-Raja, Islam, keharmonian kaum dan kestabilan negara.

Akhirnya, masa depan Kerajaan Perpaduan tidak bergantung kepada dokumen perjanjian semata-mata. Politik bukan hanya tentang kertas dan jawatan, tetapi soal kepercayaan, disiplin dan kematangan kepimpinan.

Jika semua pihak terus bermain politik untuk memuaskan emosi penyokong masing-masing, maka gabungan ini akan menjadi semakin rapuh.

Namun jika mereka benar-benar memahami bahawa rakyat mahukan kestabilan dan hala tuju ekonomi yang jelas, Kerajaan Perpaduan masih mempunyai ruang untuk bertahan sehingga akhir penggal.

Dalam politik gabungan moden, kejayaan sebenar bukan terletak pada kemampuan menghapuskan perbezaan, tetapi kebijaksanaan mengurus perbezaan demi kepentingan negara.

Nukilan: ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฟ ๐—”๐—น๐—ฒ๐˜…๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ฟ