PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) yang telah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berharap, rakan gabungannya dalam kerajaan Madani itu memikul amanah sebaik mungkin demi kepentingan negeri dan rakyat.
โPilihan raya dan pesta demokrasi telah pun melabuhkan tirainya. Kini adalah masa untuk kita melangkah ke depan, mengutamakan khidmat dan amanah kepada rakyat dan bersama-sama membina sebuah Johor yang lebih makmur dan maju.
โ๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ข ๐๐๐ง ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ญ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฐ๐๐ termasuk kepada jentera yang bekerja keras dan berusaha seupayanya.
โTekad kami jelas, ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐๐ฅ๐จ๐ง ๐arapan, ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ค๐ข๐ซ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ก๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ญ๐๐ฐ๐๐ฌ, ๐๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ฐ๐ ๐ฌ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ,โ katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Jelasnya Kerajaan Persekutuan juga kekal komited memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diperkasa dan ditambahbaik.
Terdahulu, PRN Johor ke-16 hari ini menyaksikan BN menang bergaya dengan 58 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan kemenangan BN dengan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.



