BN bertanding 25 daripada 36 DUN di PRN N.Sembilan

BN bertanding 25 daripada 36 DUN di PRN N.Sembilan

TEKA-TEKI Barisan Nasional bakal meletakkan calon di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan terjawab malam ini.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan parti itu tidak meletakkan calon bertanding di 36 kerusi DUN pada PRN yang akan berlangsung pada 1 Ogos depan.

Jelasnya, keputusan itu dibuat kerana BN ada menjalinkan ‘kerjasama’ dengan rakan yang lain.

“kerjasama dengan rakan yang lain. Tapi jangan risau, kita tak ada persefahaman dengan Linggi. Kita buat persefahaman dengan rakan yang boleh dipercayai, insya-Allah,”katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN Negeri Sembilan di Paroi, Seremban., malam ini.

Pengumuman itu sekali gus memberikan isyarat bahawa BN mungkin akan mengadakan kerjasama politik dengan PN di Negeri Sembilan.

Daripada 36 kerusi DUN, Umno akan mempertahankan kesemua 14 kerusi yang dimilikinya.

MCA pula akan bertanding di tujuh kerusi, manakala MIC bertanding dua kerusi.