
Presiden PAS Dilihat Seru fokus politik Dari Rukun Islam
Isu kenyataan Presiden Pas yang dilihat menyeru agar umat Islam menangguhkan ibadah haji atau umrah demi fokus kepada kemenangan politik menimbulkan persoalan besar โ bukan sahaja dari sudut keagamaan, malah dari sudut moral dan kebijaksanaan politik.
๐. ๐๐๐๐ค๐๐ก ๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ?
Rukun Islam kelima adalah menunaikan haji bagi yang mampu. Ibadah ini bukan sekadar satu amalan spiritual, tetapi kemuncak ketundukan seorang Muslim kepada Allah. Jika seseorang itu mampu secara fizikal dan kewangan, maka menjadi fardhu โain untuk dia menunaikannya tanpa melengah-lengahkan.
Justeru, menyeru untuk menangguh ibadah yang diwajibkan atas alasan politik adalah sangat berisiko dari sudut hukum syarak โ apatah lagi jika disarankan secara umum, seolah-olah kepentingan politik mengatasi kewajipan agama.
๐. ๐๐๐๐ค๐๐ก ๐ข๐ ๐ฐ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ง ๐๐ข๐ฃ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค?
Mengajak umat Islam untuk menangguh tuntutan ibadah suci demi matlamat politik adalah tindakan yang boleh mengelirukan rakyat dan memberi gambaran salah terhadap keutamaan dalam Islam. Politik dalam Islam adalah alat, bukan matlamat. Apabila alat digunakan untuk menggantikan tempat agama, maka ia membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan kekeliruan akidah.
Lebih parah lagi apabila:
โข Hari-hari menghina dan mencaci UMNO, tetapi dalam masa yang sama berharap untuk bergabung demi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
โข Ini bukan strategi, ini hipokrasi yang nyata โ mempermainkan sentimen rakyat demi agenda kuasa, bukan demi agama atau rakyat.
๐. ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐ญ๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐ค๐๐ข๐ค๐ก๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ค๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐ ๐๐ฆ๐
Islam tidak pernah mengajar kita memilih antara agama dan politik โ tetapi mengajar kita memuliakan kedua-duanya dengan adab, hikmah dan kejujuran. Politik yang menjauhkan orang dari ibadah wajib bukanlah politik Islam, tetapi politik nafsu.
Menangguh ibadah haji demi politik adalah satu seruan yang merbahaya, tidak berlandaskan syarak, dan menunjukkan betapa sempitnya tafsiran kuasa oleh sesetengah pemimpin. Islam tidak memerlukan pengorbanan ibadah demi politik, tetapi memerlukan pemimpin politik yang tunduk kepada kehendak agama, bukan sebaliknya.
๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐๐ฟ. ๐๐น๐ฒ๐
๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ ๐ก๐ผ๐ผ๐ฟ
๐๐๐ฒ๐ฟ ๐๐๐ป๐ถ๐ป๐ด
๐ฎ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ