Malaysian News

Malaysia Ungguli Kedudukan Pertama Dunia Dalam Penilaian Data Terbuka ODIN 2024/25

KUALA LUMPUR โ€“ 30 April 2025, Malaysia mencatat sejarah apabila muncul sebagai negara nombor satu dunia dalam penarafan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, melonjak daripada kedudukan ke-67 pada tahun 2022. Pencapaian luar biasa ini menandakan kejayaan besar dalam usaha transformasi digital dan ketelusan maklumat kerajaan.

Kejayaan ini mendapat pengiktirafan global sebagai bukti kesungguhan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam memperkukuh prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus digital.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sage42 Apps Sdn Bhd, Eugene Gan, pencapaian ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam menjadikan data kerajaan boleh diakses secara terbuka dan percuma oleh rakyat.

“Ia bukan sekadar pencapaian teknikal, tetapi satu titik perubahan budaya dalam bagaimana kerajaan dan rakyat berinteraksi melalui data,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa akses kepada data terbuka dapat memperkasa pembangunan negara melalui penglibatan rakyat, inovasi sektor swasta serta keberkesanan agensi kerajaan.

๐—™๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ข๐——๐—œ๐—ก

๐Ÿญ. ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ. Kepimpinan politik yang tegas dalam menjadikan keterbukaan data sebagai sebahagian daripada reformasi institusi. Penekanan terhadap prinsip โ€œOpen Governmentโ€ dalam semua agensi dan kementerian.

๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต.

Projek pemodenan digital kerajaan seperti MyDigital Blueprint dan Malaysia Digital Economy Blueprint (MDEB). Penubuhan Pusat Data Nasional yang menyelaras pelaksanaan, standard dan integrasi set data kerajaan.

๐Ÿฏ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ.

Penyediaan data dalam format mesra pengguna, mudah dianalisis dan disertakan metadata lengkap. Liputan meluas merangkumi data demografi, ekonomi, kesihatan, alam sekitar, dan infrastruktur.

4, ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ-๐—ฆ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฝ

Galakan terhadap penglibatan syarikat teknologi dan startup dalam menggunakan data awam untuk mencipta penyelesaian. Sokongan kepada ekosistem inovasi data dan open-source community.

๐Ÿฑ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ-๐——๐—ฟ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป.

Pelaburan dalam latihan analitik data untuk penjawat awam dan pelajar. Penekanan terhadap Data Literacy di peringkat universiti dan pendidikan teknikal.

๐Ÿฒ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ต.

Data digunakan untuk memantau dan menilai prestasi program kerajaan dan perbelanjaan awam. Menggalakkan penggunaan data dalam inisiatif Whistleblowing dan public audit.

Malaysia kini bukan sahaja berada di hadapan negara-negara maju dari segi keterbukaan data, malah membuka ruang besar kepada inovasi, penglibatan rakyat, dan tadbir urus digital. Cabaran utama selepas ini adalah mengekalkan momentum, memperkukuh infrastruktur digital dan memperluaskan kesedaran masyarakat terhadap potensi data terbuka sebagai enjin perubahan sosial dan ekonomi.

Unit Berita Hello Malaysia

Back to top button